Rebutan Gelaran Juara Keseluruhan Rali Malaysia Sengit

Diterbitkan: Jumaat, 1 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Perlumbaan memburu gelaran juara keseluruhan Rali Malaysia 2011 semakin sengit.

Dengan kehadiran nama-nama besar pada pembukaan perlumbaan itu di sini esok yang akan menggunakan trek sepanjang 2.5km yang dibina khas, juara bertahan, Muhammad Rafiq Udhaya yang memandu Subaru Impreza, tahu cabaran yang bakal dihadapinya.

Muhammad Rafiq sedar beliau akan ditentang hebat oleh Karamjit Singh yang menduduki tempat kedua dalam keseluruhan perlumbaan empat pusingan Rali Malaysia musim lepas.

Beliau juga turut berdepan cabaran daripada Saladin Mazlan, pemandu berbakat yang mempunyai gaya tersendiri, yang kembali semula ke litar selepas setahun berehat.

Karamjit, bekas juara Rali Dunia Kategori Pengeluar, yang kini memiliki kereta baru dan Saladin, akan berganding bersama pasukan GSP Pennzoil Racing Team bagi memburu kejuaraan musim ini.

Saladin, cucu kepada bekas Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris, sebelum ini mewakili Felda Team, meraih juara keseluruhan kedua di belakang Karamjit pada rali 2009.

Tetapi cintanya pada sukan polo dan masalah penajaan menyebabkan beliau terpaksa berehat tahun lepas. Bagaimanapun beliau kembali semula memegang setering kenderaannya selepas dipujuk.

Kali ini, Saladin akan memandu Mitsubishi Evo X1, jentera yang lebih kompetitif, dibantu oleh Arish Quth Ahmad Khan, dan mereka dijangka akan meraih kejayaan.

"Kedua-dua mereka Karamjit dan Saladin adalah pemandu yang berbakat dengan pengalaman rali. Sudah pasti kita akan menjangkakan mereka akan memberi saingan hebat.

"Karamjit sering memberi cabaran dan dengan jentera baru versi Mitsubishi Evo X1, beliau sudah pasti akan menggugat. Tetapi tumpuan juga harus diberi terhadap Saladin," kata ketua pasukan GSR Pennzoil Gunaseelan Rajoo.

Beberapa nama besar dalam sukan rali antarabangsa juga akan menyertai Rali Malaysia 2011 yang merupakan gelanggang pertama daripada enam pusingan bagi Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC).

Antaranya ialah pelumba Australia Cody Crocker, juara empat kali keseluruhan APRC yang mewakili GSR Pennzoil Team, memandu Subaru Impreza.

Juga Katsu Taguchi dari Jepun, juara bertahan bagi saingan perlumbaan di Malaysia dalam APRC, yang memandu Mitsubishi Evo XI dan wakil pengeluar kereta nasional Malaysia Proton, Alister MacRae, yang menggunakan Proton Satria Neo 2000.

Guarav Gill dari India, nama yang tidak asing lagi dalam saingan APRC, akan menggunakan kenderaan Mitsubishi begitu juga pemandu Britain Mark Higgins.

Aksi esok (Sabtu) bermula dengan peringkat khas iaitu memandu di atas trek sepanjang 2.5km yang dibina khusus di Plaza Angsana sebelum perlumbaan sebenar bermula di Ladang Tai Tak, Kota Tinggi pada hujung minggu.

"Kami sudah mencuba litar di Ladang Tai Tak dan ia adalah mencabar. Saya tidak sabar untuk memulakan perlumbaan ini.

"Perlumbaan penuh dengan kejutan dan cabaran. Anda tidak akan tahu cabaran yang akan menanti anda di hadapan," kata Karamjit.

Sebanyak 35 penyertaan diterima dari sembilan negara termasuk China, menjadikan ia kejohanan terbesar untuk perlumbaan itu.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan