Skuad Judo Mahu Tamatkan Kemarau Emas Di Sukan SEA Indonesia

Diterbitkan: Khamis, 24 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setelah 30 tahun kemarau emas dari Sukan SEA, skuad judo negara bertekad untuk membawa pulang pingat emas pada temasya di Indonesia yang akan berlangsung dari 11 hingga 25 November ini.

Setiausaha Eksekutif Persekutuan Judo Malaysia, I. Mariapan berkata skuad itu akan menghantar 16 atlet ke Indonesia bagi menebus kekecewaan meraih emas menerusi 22 edisi Sukan SEA.

"Sebelum ini, skuad judo sekadar meraih perak dan gangsa. Sudah terlalu lama judo tidak memberi emas kepada kontinjen negara. Kami akan menghantar lapan atlet lelaki dan lapan wanita," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, Rabu.

Kali terakhir skuad judo negara memperoleh pingat emas ialah pada Sukan SEA 1981 di Manila, Filipina.

Mariapan berkata ketika ini, skuad itu sedang giat berlatih bagi menghadapi Kejohanan Judo Kebangsaan Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 16 dan 17 April ini.

Selain itu, 19 peserta akan dihantar menyertai kejohanan Terbuka Judo Antarabangsa 2011 di Taipei, Taiwan pada Julai.

Beliau berkata pemilihan skuad kebangsaan ke Sukan SEA akan dilakukan menerusi dua kejohanan tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan