Kesilapan Zulmazran Jejas Harapan Rangkul Emas

Diterbitkan: Selasa, 22 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kilauan pingat gangsa sekali lagi berpihak kepada kem negara menerusi gandingan Adrian Ang-Zulmazran Zulkifli yang mengumpul 2583 jatuhan pin dalam acara beregu lelaki Kejohanan Boling Komanwel Edisi Kelima di sini, Selasa.

Pemenang pingat emas dalam acara perseorangan pada Isnin, Zulmazran, mengakui corak permainannya yang tidak konsisten membuka laluan kepada England yang diterajui pemain muda, Matt Miller-Matt Chamberlain untuk mengungguli kategori itu dengan kelebihan 28 jatuhan pin.

Beregu dari Australia, Chris Castle-George Frilingos pula menduduki tempat kedua selepas melakukan keseluruhan 2589 jatuhan pin.

"Saya sudah cuba memperbaiki permainan tetapi percaturan saya tidak menjadi seperti dirancang. Prestasi buruk ini membingungkan saya. Saya berasa sedih kerana rakan sepasukan, Adrian bermain dengan bagus tetapi saya melakukan beberapa kesilapan," kata Zulmazran ketika ditemui pemberita selepas tamat kejohanan.

Menurut Zulmazran, ia adalah kali pertama mereka menang pingat dalam acara beregu selepas digandingkan bersama dalam satu Kejohanan Boling Dunia sebelum ini.

"Ia pingat pertama untuk kami berdua selepas pernah digandingkan bersama sebelum ini. Jadi saya harap ia permulaan baik untuk kami menang pingat emas bersama pada kejohanan akan datang," jelasnya.

Sementara itu, Adrian enggan menyalahkan kesilapan yang dilakukan Zulmazran menjejaskan peluang mereka untuk menang pingat emas. Sebaliknya, beliau percaya mereka sudah bekerja keras tetapi tuah lebih menyebelahi lawan dari England dan Australia.

"Sesiapa saja tidak mahukan kekalahan. Saya tidak boleh menyalahkan siapa-siapa kerana kami sudah cuba sedaya upaya untuk mengejar lawan," kata pemenang pingat emas acara berpasangan lelaki bersama Alex Liew pada Sukan Asia Ke-16 di Guangzhou, November lalu.

Mengulas mengenai saingan beregu campuran pada Rabu, Adrian berkata, beliau akan tampil melakukan balingan terbaik dalam usaha memburu pingat bersama sesiapa saja yang diturunkan ketua jurulatih Holloway Cheah.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan