Azizulhasni Tetap Bersemangat - Zolkples

Diterbitkan: Isnin, 21 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh trek negara Azizulhasni Awang yang cedera di bahagian betis ketika menyertai kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di Manchester awal pagi ini kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong yang turut berada di Manchester bagi menyaksikan kejohanan itu berkata Azizulhasni akan menjalani pembedahan kecil bagi mengeluarkan serpihan kayu yang tertusuk di betis kirinya pada Ahad.

Berdasarkan ujian imbasan X-Ray, beliau dimaklumkan bahawa serpihan kayu itu tidak mendatangkan kecederaan serius pada tisu betis dan tidak mengenai bahagian tulang Azizulhasni.

Zolkples berkata beliau kagum dengan semangat kesukanan yang ditunjukkan Azizulhasni yang berjaya menamatkan perlumbaan dan memperoleh tempat ketiga meskipun mengalami kecederaan.

"Azizulhasni memberitahu saya bahawa beliau tidak berasa sakit dan hanya menyedari setelah berjaya menamatkan perlumbaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

"Ketika dalam ambulans ke hospital, Azizulhasni yang menahan kesakitan masih sempat bercerita kepada saya tentang hasratnya untuk mengejar pingat emas di Sukan Olimpik London 2012 nanti," katanya.

Azizulhasni menghadapi saingan separuh akhir acara Keirin awal pagi ini pada kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia itu mengalami kecederaan terkena serpihan kayu ketika mengambil selekoh akhir.

Sementara itu, Pengarah Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata pihaknya masih menunggu laporan penuh daripada pasukan perubatan ISN yang kini berada di sana.

"Saya harap Azizulhasni tidak menghadapi kecederaan yang serius dan menasihati beliau untuk menjalani rawatan susulan di Malaysia dan kita di ISN sedia memberi rawatan yang terbaik untuk beliau," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan