Heidfeld Ganti Kubica

Diterbitkan: Khamis, 17 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASUKAN Renault mengesahkan Nick Heidfeld bakal menggantikan Robert Kubica pada perlumbaan pembukaan Formula Satu di Bahrain Mac ini.

Pelumba kelahiran Jerman itu bakal bersama rakan sepasukan dari Rusia, Vitaly Petrov di Sakhir, Barcelona 13 Mac ini.

Sementara itu, Kubika terpaksa diketepikan selama tiga bulan, malah kemungkinan besar direhatkan sepanjang musim ini kerana kecederaan serius di lengan, kaki dan tangan selepas terlibat dalam kemalangan ketika beraksi rali di Itali, minggu lalu

Dia terpaksa menjalani pembedahan selama lapan jam pada Rabu dan ini merupakan pembedahaan ketiga selepas sebelas hari terlibat dalam kemalangan yang turut mencederakan bahagian sikunya.

Menurut Heidfeld, dia teruja untuk beraksi musim.

“Saya yakin aksi saya dalam Formula Satu kali ini adalah berbeza, namun saya gembira kerana diberi peluang ini. Semua yang berlaku sangat pantas, dan saya sangat teruja dengan kemudahan yang ada di sini.

“Saya juga sangat gembira dengan ujian pemanduan di Jerez minggu lalu. Saya dapat merasakan bahawa keselesaan dengan jentera sekali gus membuatkan saya tidak sabar untuk beraksi musim ini,” katanya yang lebih dikenali ‘Quik Nick’.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan