Alternatif Lain Jika Kompleks Sukan Ranau Gagal Perolehi CF Sementara

Diterbitkan: Rabu, 16 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RANAU: Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) akan mencari alternatif baru bagi atletnya menjalani latihan, jika Kompleks Sukan Ranau gagal memperolehi Sijil Layak Menduduki (CF) sementara menjelang April ini.

Presidennya Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pada masa yang sama pihaknya telah meminta Persatuan Olahraga Sabah membantu menyelesaikan isu tersebut dengan Majlis Daerah Ranau.

"Kita tidak boleh membiarkan atlet olahraga menangguhkan latihan mereka terlalu lama (kerana Sukan SEA 2011 di Indonesia berlangsung pada November ini) memandangkan banyak pihak meletakkan harapan tinggi untuk atlet negara membawa balik pingat emas pada kejohanan itu nanti," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu, Shahidan yang ditemui selepas meninjau kompleks itu semalam, berkata kumpulan pertama membabitkan enam atlet berjalan kaki akan memulakan latihan mereka di kompleks itu dalam tempoh dua dua hari lagi.

KOAM akan pastikan kompleks ini mempunyai bilik persalinan serta kemudahan gimnasium sebelum kesemua atlet olahraga tiba untuk menjalani latihan mereka, katanya.

Shahidan juga berkata sesi latihan di kompleks itu hanyalah untuk jangka pendek iaitu antara dua hingga tiga bulan sebagai persiapan atlet menghadapi kejohanan di luar negara.

"Cuaca dingin di sini akan memberi kelebihan kepada atlet kita berlatih dengan lebih lama berbanding biasa walaupun pada waktu tengah hari. Saya harap dengan kelebihan tersebut atlet mampu meningkatkan keupayaan masing-masing bagi memperbaiki pencapaian mereka," katanya.

KOAM sebelum ini mengambil keputusan menjadikan kompleks itu sebagai lokasi latihan persiapan 15 atletnya yang akan menyertai Sukan SEA 2011.

Bagaimanapun, media melaporkan Pengurus Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS) Mahmood Kalong sebagai berkata kompleks itu tidak dilengkapi kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan jalan raya selain tidak mempunyai gimnasium.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pula dilapor akan meninjau sendiri kompleks tersebut berikutan laporan bercanggah yang diterimanya daripada KOAM dan LSNS.

Ahmad Shabery juga dilapor berkata kemungkinan atlet olahraga akan menjalani latihan mereka di Kompleks Sukan Bukit Jalil di Kuala Lumpur jika didapati Kompleks Sukan Ranau tidak siap sepenuhnya.

Kompleks sukan tersebut mula dibina pada 2007 dan dijangka siap sepenuhnya April ini.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan