Sukan SEA:MOM Perlu Bertindak Terhadap Pengguguran Acara Sukan

Diterbitkan: Selasa, 15 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa persatuan sukan tempatan mahu Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bertindak membantah tindakan Indonesia menggugurkan beberapa acara tetap dan mengurangkan bilangan acara dalam beberapa pertandingan sukan pada Kejohanan Sukan SEA ke-26 November ini.

Persatuan sukan tempatan berkenaan melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan Indonesia itu dan mahu MOM bertindak pantas dan tegas bagi mengatasi masalah itu.

Setiausaha Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) Mejar Jasni Shaari berkata tindakan tuan rumah Indonesia itu dilihat seperti mengutamakan kepentingan mereka sahaja, di samping menjejaskan peluang skuad negara untuk meraih pingat.

"Kami (NSAM) telah memaklumkan mengenai perkara ini kepada MOM. Kami harap MOM akan memastikan acara Sukan SEA dikekalkan seperti sebelum ini.

"Saya percaya bukan saja Malaysia malah negara lain seperti Thailand dan Filipina juga tidak berpuas hati dengan keputusan Indonesia itu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Selasa.

Indonesia bukan sahaja mengugurkan acara tetap termasuk biliard dan snuker serta bola sepak wanita pada Sukan SEA Nov ini, malah mengurangkan bilangan acara dalam sukan lain seperti acara menembak, berbasikal dan pelayaran, dan hanya bercadang mengadakan 43 jenis sukan dan 542 acara pada kejohanan itu.

Ini termasuk enam sukan kurang popular iaitu bridge, paragliding, sukan roller, shorinji kempo, vovinam dan panjat dinding. Pada edisi-edisi Sukan SEA sebelum ini, menembak mempertandingkan sekurang-kurangnya 36 acara merangkumi kategori individu dan berpasukan menerusi acara pistol, rifle dan shotgun.

Bagaimanapun pada edisi kali ini, Indonesia memutuskan hanya mengadakan sembilan acara individu melibatkan pistol dan rifel, manakala acara shotgun tidak dipertandingkan.

Bagi Setiausaha Kehormat Persekutuan Snuker dan Billiard Malaysia (MSBF) Melvin Chia berkata pada setiap penganjuran Sukan SEA, pihak penganjur akan tetap mempertandingkan acara-acara standard seperti snuker dan biliard supaya peluang negara-negara lain untuk meraih pingat lebih seimbang.

Pihaknya sedang menunggu maklum balas daripada MOM dan Persekutuan Sukan-Sukan Biliard Asia yang sedang mengkaji perkara itu dan "mungkin mereka akan protes keputusan atau memboikot Sukan SEA kali ini," katanya.

Ini adalah kali keempat Indonesia menganjurkan temasya dwitahunan itu, yang akan diadakan di Jakarta dan Palembang dari 11 hingga 25 November.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan