Lebih 50 Peninju Dijangka Sertai Kejohanan Tinju Terbuka Terengganu

Diterbitkan: Selasa, 15 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Lebih 50 peserta dijangka mengambil bahagian dalam kejohanan Tinju Terbuka Terengganu bawah 23 tahun anjuran Persatuan Tinju Amatur Terengganu (PTAT), pertengahan April ini.

Setiausaha PTAT Razali Mamat berkata kejohanan selama lima hari itu akan diadakan di pusat tinju negeri Terengganu, Kampung Raja Jertih, Besut.

"Ini merupakan aktiviti tahunan PTAT dan surat jemputan akan diedarkan kepada pasukan-pasukan terbabit dalam masa terdekat ini," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Beliau berkata sembilan kategori akan dipertandingkan iaitu 46kg, 47kg, 52kg, 54kg, 57kg, 60kg, 65kg, 69kg dan 71kg.

Selain pingat, kejohanan yang dianjurkan dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu itu turut menawarkan hadiah berupa wang tunai, katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan