Kvitova Calar Rekod Kemenangan Clijsters

Diterbitkan: Isnin, 14 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kvitova (kiri) muncul juara Terbuka Paris selepas menundukkan Clijsters.
Kvitova (kiri) muncul juara Terbuka Paris selepas menundukkan Clijsters.

KIM Clijsters yang baru saja menjadi pemain tenis wanita nombor satu dunia tewas 6-4, 6-3 kepada pemain pilihan keempat, Petra Kvitova dari Republik Czech pada final Terbuka Paris, Ahad.

Pemain pilihan utama, Clijsters yang merangkul Kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat (AS) dan memenangi Terbuka Australia bulan lalu membantu Belgium mara ke kelompok empat pasukan terakhir pada Piala Fed, mengambil alih kedudukan pemain nombor satu dunia selepas mara ke separuh akhir di Stade Coubertin.

Bagaimanapun, rekod kemenangannya tercalar apabila Kvitova yang melakar kemenangan ketiga mempamerkan beberapa pukulan bertenaga dalam perlawanan yang berlangsung di gelanggang keras.

"Saya berasa gembira kerana menudukkan Kim kerana dia pemain nombor satu dunia. Saya percaya ia pencapaian terbaik saya setakat ini.

"Ia tidak logik. Saya pernah tewas dua pertembungan dengan Kim. Jadi saya amat berpuas hati dengan kejayaan ini," katanya.

Clijsters mengakui tidak mengejut dengan kekalahan itu kerana dia sudah tahu taktik permainan Kvitova.

"Saya mengalami masalah di bahagian leher tetapi ia tidak sepatutnya dijadikan alasan. Namun, Kvitova bermain dengan baik sekali, dia layak menang," ujarnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan