Azizul Kempunan Ke Final 200M Pecut ACC 2011

Diterbitkan: Isnin, 14 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azizulhasni gagal meneruskan rentak kecemerlangan rakan senegara dalam acara pecut pada Ahad.
Azizulhasni gagal meneruskan rentak kecemerlangan rakan senegara dalam acara pecut pada Ahad.

KORAT: Pelumba kebanggaan Malaysia, Mohd Azizulhasni Awang gagal menepati sasarannya untuk merangkul pingat emas pertamanya apabila kempunan ke final acara 200 meter pecut Kejohanan Lumba Basikal Asia 2011 (ACC 2011) pada Ahad.

Anak jati Dungun itu kelihatan seperti akan mengulangi sinar cemerlang rakan senegara, Mohd Rizal Tisin pada Sabtu apabila menang perlumbaan pertama dengan masa 11.039 saat.

Namun, impian Azizulhasni ranap dan terpaksa akur dengan kehandalan pelumba China, Zhang Miao.

Miao menamatkan perlumbaan kedua dan ketiga dengan catatan masa 10.958s dan 11.428s.

Kekalahan itu menyaksikan Azizulhasni akan bersaing dengan abang Zhang Miao, Zhang Lei bagi memburu pingat gangsa, Isnin.

"Saya tidak tahu apa lagi nak cakap. Saya sudah melakukan sehabis baik tetapi akhirnya kalah juga," katanya,

Ketua jurulatih negara, John Beasley pula berkata, Azizulhasni telah mengikut strategi yang direncanakannya tetapi sedikit kesilapan dalam saringan kedua telah mengundang padah buat pelumba yang terkenal dengan gelaran The Pocketrocketman itu.

"Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan prestasi Azizulhasni hari ini. Dia telah melakukan tugasnya dengan baik sekali, cuma nasib tidak menyebelahinya sahaja," jelas Beasley.

Sementara itu, satu lagi pingat perak disumbangkan skuad junior negara pada hari kelima ACC 2011, Ahad.

Kali ini giliran skuad wanita yang dibarisi Jupha Somnet, Lauretta Eva Adrian dan Norazimah Abd. Rashid menghadirkan pingat perak dalam acara kejar mengejar selepas mereka tewas kepada trio Korea Selatan,Jeong su-jeong, Cho Sun-young dan Oh Hyeon-ji.

Ketika gandingan Korea Selatan itu merakamkan catatan masa 4 minit 02.584 saat, trio negara pula sekadar mencacat 4:05.388s.

Pingat gangsa acara tersebut dimenangi Thailand selepas mereka menyingkirkan trio Iran.

Sebelum beraksi dalam acara kejar mengejar, Jupha terlepas pingat gangsa acara pecut apabila tersungkur kepada pelumba Thailand, Apinya Promboot.

Selepas tewas dalam saringan pertama, Jupha berjaya memadam kemenangan Apinya pada saringan kedua dengan catatan 13.355s.

Bagaimanapun,Jupha gagal mengambil peluang terhidang di depan mata untuk menyambar pingat gangsa apabila tewas dalam pertarungan di saringan ketiga.

"Saya sangat kecewa kerana gagal meraih pingat dalam acara pecut tadi tetapi apa boleh buat, saya sudah cuba yang terbaik.

"Mungkin saya agak penat kerana terpaksa bersaing di sebelah pagi dan petang pada setiap hari sejak kejohanan ini bermula lagi. Sebenarnya, saya berharap dapat memenangi pingat dalam acara pecut tetapi terlepas juga," jelasnya.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan