Suhardi Sasar Pingat Pada ACC 2011

Diterbitkan: Ahad, 13 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba basikal lebuh raya negara, Suhardi Hassan mensasarkan untuk meraih sekurang-kurangnya pingat gangsa pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Nakhon Ratchasima (Korat), Thailand.

"Bagi saya untuk meraih sekurang-kurangnya pingat gangsa adalah penting sebab sudah lama skuad lebuh raya tidak memenangi pingat dalam ACC," kata Suhardi kepada Bernama.

Kali terakhir skuad lebuh raya memenangi pingat pada ACC ialah memenangi pingat gangsa menerusi Effendy Rosli pada tahun 1991.

Pada penyertaan kali ini, Suhardi akan bergandingan dengan Mohd Adiq Husainie Othman, Amir Mustafa dan Anuar Manan dalam acara lebuh raya, manakala Ng Yong Li dan Ahmad Fakhrullah Alias pula akan beraksi dalam acara Ujian Masa Individu (ITT).

"Walaupun pada LTdL (Le Tour de Langkawi) baru-baru ini, hanya saya dan Amir dalam satu pasukan, manakala Adiq dan Anuar dalam pasukan lain. Saya berharap kami dapat berkomunikasi dengan baik.

"Kerjasama sepasukan adalah yang paling mustahak. Bagaimanapun, sesiapa sahaja di antara kami yang mula membuat 'break away', dia yang berpeluang untuk mencari ruang untuk menang," katanya.

Menyentuh mengenai persediaan bagi menghadapi ACC 2011, Suhardi berkata juru latih berbasikal lebuh raya, Graham Seers telah mengadakan beberapa sesi latihan selepas tamat LTdL baru-baru ini.

"Kami dibawa berlatih di sekitar Bukit Mantin dan juga Genting Sempah sebagai persediaan, memandangkan terdapat juga pendakian semasa di Korat nanti. Kalau tidak silap saya, laluan yang sama juga pernah digunakan pada ACC 2007 dan Sukan SEA di sana. Laluan di Korat agak beralun dan mempunyai pendakian kategori satu," katanya.

Penyertaan dalam ACC adalah yang kelima bagi dirinya dan pencapaian terbaik beliau ialah ketika beraksi dalam kategori Remaja (Junior) di Shanghai, China pada tahun 2000.

"Masa itu saya menghabiskan perlumbaan di tempat kelapan," katanya.

Suhardi bersama-sama pelumba-pelumba lebuh raya yang lain berangkat ke Korat, Thailand semalam.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan