TSG Sertai Kejohanan Tour De Mumbai 2011

Diterbitkan: Rabu, 9 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Selepas Le Tour de Langkawi (LTdL), pasukan lumba basikal profesional Terengganu - Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG) akan menyertai Tour De Mumbai, India pula.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TSG Ibni Amin Busu berkata kejohanan selama dua hari mulai 11 Feb itu akan melibatkan dua peringkat iaitu di Nashik sejauh 170km dan Mumbai 108km.

"Kejohanan yang kita sertai ini merupakan trek yang landai, tidak berbukit dan ia amat sesuai dengan pelumba-pelumba pecut," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bendera kepada pasukan TSG di sini pada Rabu.

Ibni Amin berkata TSG menyenaraikan seramai enam orang pelumba untuk menyertai kategori elit dan bawah 23 tahun pada kejohanan yang dianggap lebih berprestij daripada LTdL itu.

Mereka ialah Yusrizal Usoff, Muhamad Faiz Syarifuddin Abdul Kadir, Nur Amirul Fakharuddin Mazuki, Muhammad Shobry Abdullah, Mohd Nor Umardi Rosdi dan Motoi Nara.

Kesemua pelumba itu tidak diturunkan ketika TSG menyertai LTdL, katanya.

Katanya TSG tidak meletakkan sasaran yang tinggi pada kejohanan itu, hanya sekadar untuk memberikan pendedahan bagi menimba pengalaman.

Mengikut maklumat, beliau berkata lebih 20 pasukan dari Asia yang rata-rata membariskan pelumba-pelumba ternama dijangka akan mengambil bahagian dalam kejohanan bernilai US$50,000 itu.

Ibni Amin berkata kejohanan anjuran Maharashtra Tourism Development Corporation diadakan sempena tahun pelancongan kerajaan Maharashtra.

Katanya TSG dijemput menyertai kejohanan itu kerana pasukan itu telah mendaftar nama di Union Cycling International (UCI).

Beliau berkata TSG juga banyak menerima jemputan daripada pengelola-pengelola luar sepanjang 2011, tetapi belum diputuskan oleh jawatankuasa pengurusan TSG.

Yang pasti, katanya TSG akan menyertai Kejohanan Jelajah Malaysia yang akan diadakan bulan depan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan