Sabah Beri Jaminan Untuk Siapkan Kemudahan Di Ranau:Koam

Diterbitkan: Selasa, 8 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Masalah kemudahan asas di Kompleks Sukan Ranau di Sabah, venue bagi latihan atlet olahraga sepanjang tahun ini, akan diatasi dalam masa terdekat berikutan jaminan yang diberikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Peter Pang En Yin.

Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (Koam) Karim Ibrahim berkata walaupun ketika ini kompleks itu tidak mempunyai kemudahan bekalan elektrik dan air yang tetap, kontraktor yang bertanggungjawab berjanji untuk membekalkan generator dan tangki air.

"Semua ini berdasarkan jaminan dari Datuk Peter Pang sendiri yang menyokong kuat usaha Koam untuk menjadikan Ranau sebagai venue latihan," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Koam sebelum ini sudahpun mendapat kelulusan daripada Kementerian Belia dan Sukan untuk menjadikan Ranau sebagai venue latihan atas alasan latihan di trek Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil sering terganggu oleh latihan atlet sukan lain.

Karim berkata bekalan elektrik dan air sementara itu dijangka disediakan sehingga April, sebelum kompleks itu mendapat kedua-dua kemudahan tersebut secara tetap.

Mengenai rungutan beberapa atlet yang mendakwa peralatan asas latihan di kompleks itu tidak lengkap, Karim berkata Kesatuan Olahraga Amatur Sabah berjanji untuk menyediakannya dalam tempoh terdekat.

Antara peralatan yang boleh disediakan dengan segera ialah kemudahan gimnasium, peralatan untuk latihan lompat tinggi dan lompat berpagar.

Menurutnya trek di kompleks itu juga sedia digunakan untuk kejohanan antarabangsa berikutan pengesahan daripada Jawatankuasa Teknikal Koam yang diketuai oleh S.Chinatamby.

"Jika muncul masalah cuaca seperti hujan, terdapat stadium tertutup di sana. Jika berlaku kecederaan, terdapat pusat satelit Institut Sukan Negara (ISN) di Kota Kinabalu," katanya.

Beliau berkata sehingga kini, kesemua atlet Koam sudah menandatangani surat persetujuan untuk berlatih di Ranau dan badan induk olaharaga itu memberi kelonggaran kepada mereka untuk menyesuaikan jadual latihan dan pengajian.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Rabu, 19 Julai 2017 1:01 PM

Brader... Itu Pun Nak Curi Ke?

Rabu, 19 Julai 2017 12:27 PM

Aaron Aziz 'Buru' Mak Datin Kaya?

Rabu, 19 Julai 2017 7:00 AM

Shah Rukh Khan Kongsi Tips Mengurat Gadis!

Selasa, 18 Julai 2017 3:00 PM

Waris Ada Kembar?

Kolumnis

iklan

Iklan