Tujuh Atlet Pelapis Dinaik Taraf Menjadi Atlet Elit

Diterbitkan: Jumaat, 4 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai tujuh atlet pelapis kebangsaan akan dinaik taraf menjadi atlet elit berikutan kejayaan cemerlang mereka di beberapa kejohanan di sepanjang tahun lepas.

Pengarah Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara (MSN) Jefri Ngadirin berkata empat daripada tujuh atlet tersebut dari acara renang dan tiga lagi, masing-masing dari sukan karate, menembak dan pelayaran.

"Mereka akan dinaik taraf bermula Mac ini dan tempat mereka akan diisi oleh atlet dari pelapis negeri dan pelapis serantau," katanya kepada Bernama, di sini pada Jumaat.

Tujuh atlet tersebut ialah Chi Chia Kian, Boey Weng Teng, Evon Heng Kor dan Andrew Loh (renang), Kam Kah Sam (karate), Nurrahimin Abd Halim (menembak) dan Ahmad Latif Khan (pelayaran).

Jefri berkata atlet pelapis kebangsaan akan menyertai dua temasya terbesar bagi tahun ini iaitu Temasya Remaja Komanwel ke-empat di Isle of Man dari 1-13 Sept dan Sukan SEA ke-26 di Indonesia dari 11-25 Nov.

Katanya penyertaan di Temasya Remaja Komanwel tertakluk kepada persetujuan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kerana penghantaran atlet ke venue yang terletak di Eropah itu memerlukan perbelanjaan besar.

"Pada edisi ke-3 Temasya Remaja Komanwel di Pune, India pada 2008, Malaysia mendapat dua pingat perak, setiap satu dari acara badminton dan angkat berat," katanya.

Cawangan Pelapis juga dijangka menghantar seramai 10-15 atlet pelapis ke Sukan SEA Indonesia. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan