Laporan Bercanggah Paksa Ahmad Shabery Turun Padang Ke Ranau

Diterbitkan: Jumaat, 4 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan turun padang dalam masa terdekat ini untuk meninjau Kompleks Sukan Ranau di Sabah ekoran percanggahan laporan mengenai kemudahan yang terdapat di sana.

Ini berikutan laporan berbeza yang diterima oleh kementerian daripada Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dan laporan akhbar memetik Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS).

Sebelum ini, KOAM telah mengambil keputusan untuk menjadikan kompleks berkenaan sebagai lokasi pilihan latihan persiapan 15 atlet dan lima jurulatih olahraga ke Sukan SEA 2011 di Indonesia, November ini.

"Saya difahamkan KOAM buat taklimat kepada kementerian semuanya telah selesai...tetapi saya dengar laporan yang bercanggah, tetapi saya tidak boleh bergantung apa yang dipaparkan dalam akhbar.

"Oleh sebab itu saya sendiri akan ke sana untuk melihat sendiri kemudahan yang ada dan kenapa perlu diadakan di sana berbanding di Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Kampung Tengah, di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan berbeza yang diberikan oleh KOAM dan LSNS mengenai status pembinaan Kompleks Sukan Ranau.

Ahmad Shabery berkata sekiranya kemudahan di kompleks itu masih belum siap sepenuhnya maka kemungkinan latihan atlet olahraga itu akan dijalankan di Kompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, laporan akhbar memetik Pengurus Besar LSNS, Mahmood Kalong sebagai berkata kompleks sukan itu masih tidak dilengkapi kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya manakala gimnasium tidak terdapat dalam pelan pembinaan itu.

Kompleks itu mula dibina pada 2007 dan hanya akan siap sepenuhnya pada April ini.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan