Lapan Pelayar Muda Diserap Ke Dalam Skuad Elit

Diterbitkan: Khamis, 3 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lapan pelayar muda pelapis negara yang mempamerkan pencapaian cemerlang sepanjang tahun lepas akan diserap ke skuad elit negara kendalian Majlis Sukan Negara (MSN).

Pengurus besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Mohd Afendy Abdullah berkata nama kelapan-lapan pelayar muda tersebut telah diterima oleh pihak MS Ndan kini telah bergelar pelayar elit negara.

"Lapan pelayar muda tersebut ialah Khairulnizam Mohd Afendy, Afizuddin Mazlan, Ahmad Latif Khan Ali Sabri Khan, Romzi Mohamad, Hafizuddin Mazlan, Khairunisa Mohd Afendy, Ku Anas Ku Zamil dan Norashikin Mohd Sayed," katanya ketika dihubungi Bernama, Khamis.

Mohd Afendy berkata dalam masa terdekat, beliau akan mencadangkan dua atau tiga lagi nama pelayar muda kepada MSN untuk diserapkan ke dalam skuad elit negara.

Beliau berkata pemilihan tersebut dibuat berdasarkan pencapaian cemerlang mereka (pelayar) seperti temasya Sukan Olimpik Remaja di Singapura pada Ogos tahun lepas dan beberapa siri kejohanan pelayaran peringkat dunia yang lain.

"Kita mempunyai barisan pelayar muda yang cukup berbakat dan saya yakin bahawa mereka mampu melonjakkan nama negara dalam masa dua atau tiga tahun lagi," katanya.

Beliau berkata MYA sentisa berusaha mencari bakat baru setiap tahun untuk melahirkan lebih ramai pelayar muda yang berbakat.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan