Anuar Akui Sukar Rebut Jersi Biru

Diterbitkan: Selasa, 1 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NILAI: Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) mengakui agak sukar untuk kembali menyarung Jersi Biru selaku Raja Pecut pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) yang hanya berbaki satu perlumbaan akhir pada Selasa.

Secara jelasnya peluang Anuar untuk mempertahankan gelaran Raja Pecut 2010 itu dianggap sudah tertutup selepas dia menamatkan perlumbaan di tempat ke-32 pada peringkat kesembilan dari Melaka ke Nilai sejauh 127 kilometer (km) semalam.

"Peluang saya untuk mempertahankan Jersi Biru ini semakin tipis selepas saya gagal menambah kutipan mata dan memenani peringkat pada perlumbaan hari ini (peringkat kesembilan).

"Memang perlumbaan hari ini sangat laju dan saya terpaksa bekerja keras untuk mengejar pelumba di depan selepas beberapa mereka membuat pemecahan dari kelompok besar. Ini menyebabkan saya agak kepenatan," katanya selepas tamat perlumbaan.

Ketika ini, Anuar menduduki tempat ketiga dalam perebutan Jersi Biru selepas ketinggalan masing-masing 23 dan empat mata di belakang dua pencabar terdekatnya, Andrea Guardini dari Farnese Vini-Neri Sottoli dan pelumba Tabriz Petrochemical Team (TPT), Boris Shiplevsky.

Pun begitu, peluang pelumba kelahiran Terengganu ini untuk memintas Guardini dan Shiplevsky masih ada sekiranya sekiranya dia berjaya mengutip mata maksimum pada tiga zon pecut dan menjadi pemenang peringkat pada perlumbaan terakhir LTdL 2011 dari UiTM Shah Alam ke Kuala Lumpur (104.6 km) esok.

"Saya akan akan cuba untuk melakukan yang terbaik kerana ini adalah peluang terakhir saya untuk menjadi pemenang peringkat. Walaupun ia agak sukar, saya akan cuba bekerja lebih keras bagi memastikan pasukan berada dalam kedudukan yang lebih baik," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan