Dua Juara Dunia Jadikan Kejohanan IODA Langkawi Lebih Menarik

Diterbitkan: Rabu, 29 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Penyertaan dua juara dunia pada Kejohanan Layar International Optimist Dinghy Association (IODA) Dunia 2010/2011 yang bermula pada Selasa dijangka menjadikan pertandingan itu lebih menarik.

Richard Sinclair Jones dari Peru dan Noppakao Poonpat dari Thailand yang masing-masing mengunggguli kategori lelaki dan wanita pada kejohanan sama di Brazil tahun lepas, kembali untuk mempertahankan kejuaraan mereka.

Poonpat juga juara Kejohanan Layar IODA ASIA 2010 yang berlangsung di sini baru-baru ini.

Malaysia pula menyandarkan harapan kepada pelapis kebangsaan, Faizal Norizan yang muncul naib johan pada kejohanan di Brazil.

Skuad negara turut diperkukuhkan dengan pemenang pingat perak Sukan Asia 2010, Ahmad Latif Khan Ali Sabri Khan.

Tiga lagi pelayar skuad negara ialah Ahmad Syukri Aziz, Mohd Isan Ali dan Nurul Ezzatul Akmal Mohd Ruzaimi.

Pada kejohanan lepas Malaysia merupakan juara acara berpasukan keseluruhan.

Sementara itu, Pengurus pasukan Mohd Afendy Abdullah memberitahu Bernama skuad negara dijangka diberi tentangan hebat pelayar China, Singapura, Jepun dan Australia.

Sebanyak 57 negara dengan 252 pelayar menyertai kejohanan kali ini antaranya Brazil, Peru, Itali, Turki, United Kingdom, Jerman, Finland, Norway, New Zealand, Sweden, Hong Kong, Thailand, dan Malaysia selaku tuan rumah.

Pendaftaran yang bermula, Selasa, menyaksikan 45 negara telah tiba di sini, manakala baki dijangka tiba pada Rabu, kata Mohd Afendy yang juga Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA).

Katanya pertandingan selama 10 hari sehingga 8 Januari yang berlangsung di Kompleks Latihan Perahu Layar Kebangsaan itu mempertandingkan kategori optimist individu dan berpasukan lelaki serta wanita.- BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan