TCT Pilih Chiang Rai Untuk Latihan Hadapi LTdL

Diterbitkan: Selasa, 28 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pasukan lumba basikal profesional Terengganu, Terengganu Pro-Asia Cycling (TCT) memilih sempadan Thailand-Kemboja, Chiang Rai untuk latihan fasa ketiga bagi persiapan menghadapi Le Tour de Langkawi (LTdL) Januari ini.

Penolong jurulatih TCT Syed Husaini Syed Mazlan berkata pasukan yang terdiri daripada 12 pelumba termasuk tiga pelumba import, kini sudah menjalani latihan di sana sejak 19 Disember lepas.

"Sembilan pelumba dari Terengganu itu akan menyertai tiga pelumba import mulai 30 Dis ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.

Syed Husaini berkata tiga pelumba import itu ialah Shinichi Fukushima yang turut bertindak sebagai jurulatih, Motoi Nara kedua-duanya dari Jepun dan Phuchong Udomsin dari Thailand.

Sembilan pelumba tempatan terdiri daripada Anuar Manan, Mohd Harrif Salleh, Mohd Shahrul Mat Amin, Yusrizal Usoff, Mohammad Saufi Mat Senan, Mohamad Faiz Sharifuddin Abd Kadir, Mohd Shobry Abdullah, Mohd Nor Umardi Rosdi dan Nur Amirull Fakhruddin Mazuki.

Syed Husaini berkata latihan fasa keempat dan terakhir sebelum menyertai LTdL, akan bermula 23 Januari hingga 1 Februari 2011, semua pelumba TCT termasuk pelumba import akan menjalani latihan di sini.

Katanya latihan terakhir lebih fokus kepada kayuhan, mental, kerjasama berpasukan dan lain-lain bagi memastikan TCT benar-benar bersedia menghadapi kejohanan berprestij itu.

"Saya cukup berpuashati kerana pelumba-pelumba telah menunjukkan semangat berpasukan yang sangat baik," katanya.

Syed Husaini berkata TCT berazam akan mempamerkan aksi terbaik di kejohanan LTdL yang bakal disertai 10 pasukan pro-benua itu.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan