Sze Yuin Risau Masa Depan Bola Keranjang Wanita Negara

Diterbitkan: Sabtu, 25 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEGAMAT: Kejohanan Piala Agong yang sedang berlangsung di Stadium Bola Keranjang Segamat ketika ini boleh menggambarkan keadaan sebenar hala tuju bola keranjang wanita negara.

Bayangkan pada peringkat separuh akhir yang menyaksikan Selangor membelasah Perak 107-31, jumlah jaringan mata yang tidak memapar status sebenar kejohanan.

"Saya akan mengalami sakit kepala mulai saat ini. Sebagai jurulatih pasukan wanita kebangsaan, di mana bakat akan dicari, selain dari negeri yang sudah mantap seperti Johor, Kuala Lumpur dan Selangor.

"Apabila kita melihat Perak dan kita juga melihat pasukan lain dalam pusingan awal, Saya sangat bimbang mengenai masa depan pasukan wanita. Di mana saya akan mencari bakat baru untuk pasukan kebangsaan.

"Lihat Perak, mereka memasuki separuh akhir dan saya fikir dengan pemain muda di kalangan mereka, mereka mampu memberi saingan kepada kami.

"Tetapi tidak, mereka tidak bermain dengan penuh kesungguhan dan rasa bangga seperti yang diperlukan pada pasukan yang bermain di peringkat separuh akhir," kata jurulatih pasukan wanita kebangsaan, Yoong Sze Yuin yang juga jurulatih Selangor, Sabtu.

Bagi menyukarkan lagi keadaan buat beliau, ramai pemain yang tidak ghairah untuk bermain bagi pasukan kebangsaan.

"Saya cuba memanggil beberapa pemain dari Malaysia timur dan beberapa negeri di utara untuk menyertai latihan pasukan kebangsaan, tetapi jawapan mereka ialah 'Tidak' dengan alasan banyak masalah. Jadi apa yang boleh saya buat," kata Yoong.

Persatuan Bola Keranjang Malaysia (Maba) menyedari masalah ini dan mereka akan memperkenalkan sistem dua divisyen dalam kejohanan Piala Agong tahun depan dengan enam pasukan akan diletakkan dalam Divisyen 1 dan lain-lain pasukan dalam Divisyen 2.

Maba turut memperkenalkan sistem menaik dan menurun taraf divisyen pasukan.

"Diharapkan sukan bola keranjang wanita mendapat faedah daripada sistem baru ini. Keadaan perlu berubah, perlu ada perubahan pemikiran dan pendekatan daripada semua pihak," kata Setiausaha Agung Maba, Sim Sin Heng.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan