Sukan Layar: Lebih 40 Negara Tiba Di Langkawi

Diterbitkan: Jumaat, 24 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Para pelayar dari 42 negara telah tiba untuk menyertai Kejohanan Layar Internasional Optimist Dinghy Association (IODA) Dunia 2010/2011 di Kompleks latihan perahu layar kebangsaan di Langkawi di sini, mulai Selasa hingga 8 Januari.

Pengurus besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Mohd Afendy Abdullah berkata sebanyak 57 negara mengesahkan menyertai pada kejohanan itu yang disertai 252 pelayar.

Antara negara berkenaan adalah Brazil, Peru, Itali, Turki, United Kingdom, Jerman, Finland, Norway, Australia, New Zealand, Hong Kong, Thailand, Singapura dan Malaysia, katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Jumaat.

Malaysia adalah juara berpasukan keseluruhan dan pelayar pelapis kebangsaan, Faizal Norizan menjadi naib johan indivdu pada kejohanan sama, yang berlangsung di Brazil tahun lepas.

Juara individu 2009 dipegang oleh pelayar Peru manakala China dan Thailand mengungguli johan berpasukan lelaki dan wanita. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan