UMS Menang Enam Emas, Enam Perak, Lima Gangsa Di SIIF 2010

Diterbitkan: Khamis, 23 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya membawa pulang enam pingat emas, enam perak dan lima gangsa yang dimenanginya dalam Pertandingan Rekacipta Antarabangsa Seoul (SIIF) 2010, baru-baru ini.

Dua belas penyelidik yang diketuai Timbalan Naib Canselor UMS (Penyelidikan dan Inovasi) Prof Dr Rosnah Ismail menampilkan 17 rekaan dan inovasi di pertandingan itu.

"Rekaan yang kami hantar untuk pertandingan itu adalah antara rekaan yang berjaya memenangi beberapa pertandingan di peringkat universiti dan nasional," katanya.

Pameran dan pertandingan antarabangsa itu berjaya menarik penyertaan dari 36 negara, yang meampilkan 651 rekaan.

Lapan institusi pengajian tinggi awam Malaysia, dan dua pertubuhan penyelidikan kerajaan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), serta Agensi Nuklear Malaysia turut mengambil bahagian dalam pertandingan itu.

"Kami dalam proses untuk mengenal pasti rakan perniagaan dengan kerjasama sektor industri untuk mengkomersilkan rekaan dan inovasi kami bagi menjana pendapatan buat universiti," kata Rosnah.- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan