Renang Raih Tiga Pingat Emas Pada Hari Terakhir Di Kolam

Diterbitkan: Rabu, 22 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CHIANG MAI: Perenang Malaysia meraih tiga pingat emas pada hari terakhir acara renang Sukan Universiti Asean (AUG) 2010 yang berlangsung di Kolam Renang Ubonrat, Universiti Maejo di sini, Rabu.

Atlet kebangsaan Chui Lai Kwan memperoleh pingat emas kelimanya pada temasya ini menerusi acara kegemarannya 50m gaya bebas wanita dengan catatan masa 26.42 saat.

"Ya, saya memang menaruh harapan untuk memenangi acara ini walaupun saya mengakui yang perenang-perenang lain juga handal," kata penuntut Universiti Putra Malaysia itu.

Pingat perak menjadi milik Natnapa Prommuenwai dari Thailand dengan catatan masa 26.60 saat manakala Enny Susilawati Margono dari Indonesia dengan catatan masa 26.72 saat terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.

Ini merupakan kali kedua perenang berusia 20 tahun dari Sabah itu mengambil bahagian dalam AUG. Pada AUG 2008 yang berlangsung di Kuala Lumpur, Chui turut meraih lima pingat emas.

Chui berkata sasarannya kini ialah cuba melayakkan diri ke Olimpik.

"Ia sememangnya sukar. Masa yang perlu diatasi ialah 25.72 saat. Bagaimanapun saya akan cuba melakukan yang terbaik pada Kejohanan Dunia di Shanghai tahun depan," kata Chui yang rekod peribadi terbaiknya ialah 26.03 saat.

Dua lagi pingat emas disumbangkan oleh kuartet wanita yang dibarisi Khoo Cai Lin, Chui Lai Kwan, Marellyn Liew dan Leung Chii Lin dalam 4x100m berganti-ganti wanita dan Kevin Yeap dalam acara 1,500m gaya bebas lelaki.

Perenang Malaysia turut mengutip lima pingat perak menerusi 4x100m berganti-ganti lelaki oleh Yap See Tuan, Daniel Bego, Kevin Yeap dan Melvin Chua, 50m gaya bebas lelaki dan 100m kuak kupu-kupu lelaki oleh Daniel Bego, 200m kuak lentang lelaki oleh Melvin Chua dan 100m kuak kupu-kupu wanita oleh Marellyn Liew.

Terdahulu, dalam cara bola tampar pantai lelaki, gandingan Kiew Chiong Ung dan Mohamad Fitri Saliew gagal mara ke final selepas tewas kepada Anan Anurak dan Rawepon Chamnithurakan dari Thailand 13-21, 16-21. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan