LTdL 2011: Pasukan Skil-Shimano Bariskan Pelumba Ternama

Diterbitkan: Rabu, 22 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Skil-Shimano yang membariskan pelumba dari Belanda, Jepun, Australia dan Jerman dijangka menyerlah pada perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) dari 23 Januari hingga 1 Februari tahun depan.

Antara pelumba ternamanya ialah jaguh mendaki dari Jepun, Yukihiro Doi, yang pernah menduduki tempat 10 teratas dalam LTdL 2007.

"Kami juga akan menurunkan juara pecut Kenny van Hummel yang menyertai Tour de France tahun lepas," kata pengurus pasukan itu Iwan Spekenbrink dalam satu kenyataan, Selasa.

Selain Van Hummel dan Doi, pasukan Skil-Shimano akan diwakili Koen De Kort dan Albert Timmer dari Belanda, Mitchell Docker dari Australia dan Martin Reimer dari Jerman.

Ketua Pegawai Eksekutif LTdL, Mohamed Salleh, berkata penyertaan pasukan Skil-Shimano dijangka menarik perhatian media khususnya dari empat negara berkenaan.

LTdL 2011, yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia, meliputi jarak 1,315.4 km.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan