KBS Disusun Semula Bagi Perkasa Belia: Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 21 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menjalani penjenamaan semula sebagai usaha untuk memperkasakan generasi belia bagi menghadapi cabaran masa depan yang lebih besar, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata sebagai sebuah organisasi yang menerajui aktiviti belia di seluruh negara, kementerian berkenaan perlu disusun semula bagi pembangunan belia.

Sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan yang akan dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek untuk mengkaji struktur kementerian secara keseluruhan.

"Ini akan melibatkan soal kepegawaiannya, sumbernya, struktur kementerian dan peranannya untuk mengkoordinasi dengan pelbagai agensi lain serta bekerja rapat dengan pertubuhan belia di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Belia di sini, Selasa.

Beliau berkata mesyuarat hari ini bersetuju agar Dasar Pembangunan Belia Negara 1997 dikaji semula supaya bersesuaian dengan kehendak semasa belia yang perlu fokus kepada golongan tertentu dalam kelompok belia.

Muhyiddin berkata bahawa pada mesyuarat itu juga, Makmal Pembangunan Belia mengemukakan laporannya dengan mencadangkan beberapa inisiatif untuk memperkasakan belia.

Katanya Kementerian Belia dan Sukan telah diminta untuk meneliti cadangan itu.

"Mereka telah mencadangkan Malaysian Youth Park, tetapi kabinet telah memutuskan agar Putrajaya menjadi bandar belia yang telah dimulakan pada tahun ini, iaitu Hari Belia pada pertengahan ini, cuma perlu diperkukuhkan lagi," kata Timbalan Perdana Menteri.

Katanya pihak makmal turut mencadangkan penubuhan Dewan Belia Malaysia, yang berperanan sebagai "parlimen" bagi kemudahan belia untuk berbincang dan memberikan pandangan serta pendapat, dan pemilihan tokoh belia negara yang boleh dijadikan ikon.

Muhyiddin berkata antara cadangan lain yang turut diberi perhatian ialah agar generasi muda yang ada dalam sistem persekolahan dilibatkan dengan aktiviti belia dan pendidikan peringkat awal bermula pada umur enam tahun.

Katanya ini kerana banyak negara telah melaksanakan pendidikan peringkat awal bermula pada umur enam tahun, iaitu setahun lebih awal.

Bagaimanapun, kata Timbalan Perdana Menteri, perkara itu masih dalam peringkat kajian kerana ia melibatkan peruntukan yang besar daripada segi penyediaan prasarana, tenaga pengajar dan sebagainya.

Katanya sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan yang diketuai oleh Ketua Pengarah Pelajaran untuk meneliti perkara itu.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan