Penganjur Ironman Langkawi Minta KBS Ambil Alih Kejohanan

Diterbitkan: Ahad, 19 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Penganjur kejohanan Ironman Malaysia Triathlon Langkawi berharap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dapat mengambil alih penganjuran kejohanan tersebut tahun depan dan seterusnya berikutan masalah kewangan yang mereka hadapi.

Pengarah kejohanan, A. Chandrakumanan berkata perbincangan dengan pihak KBS akan dibuat secepat mungkin.

"Surat permohonan kepada KBS akan dikemukakan dalam masa terdekat ini," katanya, Ahad.

Beliau berkata langkah itu dibuat kerana syarikat Ironman Malaysia Sdn Bhd, selaku penganjur kejohanan ketiadaan sumber kewangan untuk mengendalikan kejohanan sebesar itu.

"Setiap penganjuran kejohanan yang memasuki edisi ke-11 tahun ini melibatkan perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM3 juta termasuk penyediaan hadiah, penginapan pegawai tugas, makanan dan minuman," katanya.

Chandrakumanan berharap KBS akan menimbang untuk mengambil alih kejohanan yang memberi manfaat besar dalam mempromosikan negara ke mata dunia.

Beliau berkata dianggarkan antara RM20 juta hingga RM30 juta pulangan diperolehi daripada kejohanan itu.

Katanya pendapatan diperolehi daripada penyertaan atlet dari segi pembelian tiket penerbangan, penginapan hotel, makan minum dan pengangkutan darat.

Beliau juga berkata kejohanan edisi ke-12 yang dijadual pada 27 Februari depan besar kemungkinan dipinda kepada suatu tarikh lain.

Ironman Langkawi mengandungi tiga disiplin iaitu berenang sejauh 3.8 kilometer, berbasikal 180.2 kilometer dan larian sejauh 42 kilometer.

Langkawi menjadi antara lokasi pusingan kelayakkan sebelum ke Kejohanan Dunia di Kona, Hawaii.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan