Daniel Bego Rangkul Dua Emas

Diterbitkan: Ahad, 19 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CHIANG MAI: Perenang negara Daniel Bego menguasai acara renang yang bermula hari ini dengan kutipan dua emas pada Sukan Universiti Asean 2010 di Kompleks Renang Universiti Maejo di sini.

Beliau menjuarai acara 100m gaya bebas dengan catatan masa 51.97 saat, meninggalkan perenang Indonesia Triadi Fauzi Sidik (52.96s) di tempat kedua dan Kendrik Uy dari Filipina (53.00s) di tempat ketiga.

Daniel turut cemerlang dalam acara 200m kuak kupu-kupu, sekali lagi mengatasi pencabar terdekatnya Triadi dari Indonesia dengan catatan masa 2 minit 4.66 saat.

Triadi yang membuat catatan 2 minit 5.91 saat sekadar meraih perak manakala rakan sepasukannya Arnoczy Kasadewa Pratama Siahaan membawa pulang gangsa dengan catatan 2 minit 8.20 saat.

"Secara keseluruhan, saya gembira dengan pretasi saya dan ahli pasukan Malaysia yang lain. Walaupun kurang latihan kerana terus saja dari Sukan Asia, tapi harap dapat baiki lagi," katanya kepada media selepas upacara penyampaian pingat, Sabtu.

Seorang lagi perenang Malaysia Chui Lai Kwan turut membawa pulang emas menerusi acara 50m kuak lentang wanita.

Meskipun disaing hebat peserta tuan rumah Thailand, Navarat Thongkaew dan Nathaya Meksamanasak, Chui berjaya meninggalkan kedua-dua peserta tersebut pada kedudukan perak dan gangsa. Sementara itu atlet olahraga negara Roslinda Samsu menepati jangkaan apabila meraih emas dalam acara lompat bergalah dengan lompatan pada ketinggian 4.0m.

Perak dimenangi peserta Thailand Sukanya Chomchuendee (3.90m) dan gangsa menjadi milik seorang lagi peserta negara Kathleen Ong (3.80m).

Boling turut cemerlang dengan sumbangan dua emas dan satu perak menerusi acara 'double' lelaki dan wanita.

Gandingan Fahmi Bahri Sulaiman dan Syafiq Ridhwan melakukan jatuhan pin 2710 untuk merangkul emas manakala Mohammed Noer Zul Qhimie Said dan Muhammed Ozir Zuri meraih perak dengan pungutan pin 2680.

Double wanita negara yang terdiri daripada Tengku Emanina Laily Tengku Zahri dan Jerusha Chan Poe pula mengungguli kategori wanita dengan jatuhan pin 2469.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan