Pencapaian Gemilang Di Bidang Sukan Pada 2010

Diterbitkan: Sabtu, 18 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejayaan kontinjen negara melepasi sasaran pingat emas semasa Sukan Komanwel dan Sukan Asia serta kejayaan Sukan Malaysia (Sukma) sebagai medan bagi atlet pelapis menonjol melengkapkan catatan gemilang bagi sukan tanah air tahun 2010 ini.

Kecemerlangan ini sebenarnya merupakan kejayaan program yang dirangka dan dijalankan oleh Majlis Sukan Negara (MSN), bermula dari Program Jaya 98 bagi menghadapi Sukan Komanwel 1998 di sini serta Program Asia-Comm bagi Sukan Komanwel di Melbourne pada 2002 dan Sukan Asia di Doha pada 2006.

Berakhirnya program Asia-Comm, MSN kemudian merangka program "Road to London 2012" bertujuan mencari emas pertama Malaysia daripada Sukan Olimpik.

Pada Sukan Komanwel ke-19 di New Delhi dari 3 hingga 14 Okt lepas, kontinjen Malaysia dibarisi seramai 202 atlet membawa pulang 12 emas, 10 perak dan 13 gangsa, melepasi sasaran awal 10 pingat emas.

Kejayaan merangkul 12 emas itu menjadi tanda aras baru penyertaan Malaysia di Sukan Komanwel selepas pencapaian terbaik merangkul 10 emas di Kuala Lumpur pada 1998.

Emas dari New Delhi diraih badminton (4), menembak (2), angkat berat (2), berbasikal trek (1), skuasy (1), terjun (1) dan gimrama (1).

Kecemerlangan ini kemudian diteruskan di Sukan Asia ke-16 yang berlangsung di Guangzhou, China, dari 12-29 Nov.

Kontinjen negara yang dianggotai 313 atlet mencapai sasaran sembilan emas selain mendapat 18 perak dan 14 gangsa. Emas disumbangkan oleh skuasy (3), karate (2), boling (2), berbasikal trek (1) dan wusyu (1).

Kejayaan ini juga memperbaharui rekod terbaik negara dalam sejarah penyertaan di Sukan Asia di mana pingat emas terbanyak sebelum ini, lapan emas, diperoleh dari Sukan Asia di Doha, Qatar, pada 2006.

Ketua Pengarah MSN Datuk Zolkples Embong ketika mengulas pencapaian kontinjen negara ini menyifatkan kesemua kejayaan ini adalah hasil daripada program yang dirangka bagi atlet elit untuk menonjol di peringkat antarabangsa selain temasya seperti Sukma yang menyediakan kelompok atlet pelapis yang berpotensi.

Pada Sukma ke-13 di Melaka pada 10-19 Jun, atlet pelapis di bawah program MSN, meraih 279 pingat emas daripada 434 emas yang ditawarkan, sekaligus membuktikan Malaysia tidak ketandusan atlet muda yang cemerlang. Daripada 279 pingat emas itu, 87 diraih atlet pelapis kebangsaan sementara 192 dimiliki atlet elit.

Temasya itu juga menyaksikan 14 rekod kebangsaan dipecahkan dan meletakkan tanda aras baru daripada segi rekod kebangsaan dan rekod temasya yang berjaya dipecahkan.

Kementerian Belia dan Sukan sendiri mengadakan Program Mengcungkil Bakat Baru bagi mencari juara sukan, dan sehingga kini, seramai 92,000 kanak-kanak di bawah 14 tahun telah diuji sejak program itu dilancarkan pada 2005.

"Berdasarkan statistik, program yang dijalankan oleh MSN tampak berada di landasan betul dan Malaysia dijangka tidak bermasalah untuk mencari pelapis yang boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa," kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Selain Sukma, atlet pelapis negara juga terlibat dalam temasya Olimpik Remaja di Singapura yang berlangsung dari 14-26 Ogos. Malaysia menjadi juara keseluruhan Sukan Sekolah-sekolah Asean) yang berlangsung di negara ini dengan meraih 45 emas dengan menguasai acara gimnastik, olahraga, badminton, hoki, bola jaring dan bola keranjang.

Atlet cilik negara kemudian menjadi juara keseluruhan pada kejohanan Sukan Olimpiad Sekolah Rendah Asean 2010 yang berlangsung di Jakarta pada November dengan mendominasi acara bola sepak, badminton, catur dan olahraga. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan