Malaysia Tewaskan Thailand Untuk Emas

Diterbitkan: Jumaat, 17 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CHIANGMAI: Regu utama negara menundukkan musuh tradisi Thailand dalam pertandingan akhir sepak takraw, sekaligus merangkul emas pada Sukan Universiti Asean 2010 (AUG) di Gimnasium Universiti Maejo di sini, Jumaat.

Meskipun bermain dalam tekanan sorakan penyokong tuan rumah, regu negara yang dibarisi Farhan Adam, Norshahruddin Mad Ghani dan Ahmad Sufi Mohd Hashim berjaya menguasai permainan untuk menang set pertama 21-14.

Pada set kedua, regu Thailand yang terdiri daripada Noppharat Thumkham, Wissawa Wongyota dan Watchara Kotmaha memberi saingan sengit sehingga mendahului 6-2 pada awal permainan.

Kemaraan trio Thailand itu bagaimanapun dapat disekat regu negara dengan kemenangan 21-19.

Farhan, Nurshahruddin dan Ahmad Sufi merupakan regu negara yang bertanding pada Sukan Asia di Guangzhou, China bulan lalu.

Terdahulu, Indonesia meraih gangsa setelah menewaskan Myanmar 21-16, 21-10. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan