Hisham Bangga Sumbang Pingat Ketiga Negara

Diterbitkan: Rabu, 15 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUANGZHOU: Skuad olahraga paralimpik negara berjaya menambah satu lagi pingat emas dan satu pingat gangsa pada hari ketiga sukan para Asia yang berlangsung di Stadium Utama Atoi, Guangzhou, Rabu.

Pingat emas acara olahraga disumbangkan oleh pelari pecut paralimpik negara, Mohd Hisham Khaironi dalam acara 200m lelaki kategori T12 dengan catatan masa 23.75s.

Manakala pingat perak bagi acara tersebut menjadi milik peserta dari negara Jepun, Shirota Shinichi dengan catatan 23.80s dan pingat gangsa milik Suhib Mraisi dari Jordan dengan catatan 24.08s.

Mohd Hisham, 31, berkata beliau berharap mampu untuk memperbaiki tahap pencapaian dari semasa ke semasa hingga setaraf dengan pelari handalan paralimpik dunia yang lain.

"Apa yang telah saya usahakan selama setahun lebih sejak mendapat tawaran untuk berlatih secara sepenuh masa di bawah program Majlis Sukan Negara (MSN) akhirnya membuahkan hasil dan saya amat berpuas hati dengannya.

"Saya juga harap selepas ini akan diberi lebih peluang untuk mengikuti lebih banyak lagi kejohanan peringkat dunia," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Atlet yang berasal dari Kajang, Selangor itu yakin mampu menyumbang satu lagi pingat emas menerusi acara 100m pecut lelaki kategori T12 yang akan berlangsung esok.

Mohd Hisham berkata misinya selepas tamat Sukan Para Asia ini adalah untuk memberi sepenuh tumpuan mencari tiket untuk layak ke Paralimpik London pada 2012 nanti.

Sementara itu, pelari paralimpik wanita negara, Norsyazwani Abdullah yang beraksi dalam acara 100m wanita kategori T38 terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa setelah menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 15.46s.

Pingat emas dan perak bagi acara tersebut dimonopoli oleh pelari dari negara China iaitu Xiong Dezhi dan Liu Xiumei masing-masing dengan catatan 14.82s dan 15.00s. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan