Cameron, Genting Highlands Bakal Penentu Kejuaraan LTdL 2011 - Sukan Ekstra | mStar

Cameron, Genting Highlands Bakal Penentu Kejuaraan LTdL 2011

Diterbitkan: Ahad, 12 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Juara individu dan berpasukan pada perlumbaan Le Tour de Langkawi tahun depan (LTdL 2011) dijangka ditentukan pada peringkat pendakian di Cameron Highlands dan Genting Highlands.

Ketua Pegawai Eksekutif LTdL 2011, Mohamed Salleh berkata pihaknya sengaja mengaturkan dua peringkat pendakian selama dua hari berturut-turut bagi memberikan kelainan pada kejohanan tesrebut.

Perlumbaan 10 peringkat tersebut bermula 23 Jan depan di Pulau Langkawi dan berakhir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, pada 1 Februari.

"Kami percaya bahawa pemenang jersi kuning (individu) dan juara berpasukan keseluruhan akan ditentukan di Cameron Highlands dan Genting Highlands," katanya pada pemberita selepas majlis promosi media LTdL 2011 peringkat Pahang di sini, Sabtu.

Katanya jumlah hadiah keseluruhan LTdL pada tahun depan mencecah RM900,000 berbanding RM700,000 sebelum ini.

Sebanyak 23 pasukan termasuk Pro-Tour, professional benua, benua dan pasukan kebangsaan dijangka menyertai perlumbaan sejauh 1,308.9km itu. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan