Mr Universe Sazali Abdul Samad Menang Pingat Emas Pertama Malaysia Di Muscat

Diterbitkan: Sabtu, 11 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara Mr Universe enam kali, Sazali Abdul Samad, menyumbang pingat emas pertama Malaysia melalui acara bina badan kategori lightweight 70kg pada Kejohanan Pantai Asia Kedua Muscat 2010 yang berlangsung di Qurum National Park Amphitheater, Oman, malam semalam.

Aksi Sazali yang penuh berkeyakinan nyata menjadi tumpuan penonton dan mendapat tepukan gemuruh ketika melakukan persembahan gaya bebas dengan latar belakang muzik yang menggabungkan tema filem 'Robocop' dengan runut bunyi filem klasik lakonan Arnold Schwarzenegger, 'Conan the Barbarian'.

"Saya sangat gembira bertanding buat julung kali dalam Kejohanan Pantai Asia dan seterusnya menjuarai gelaran ini.

"Ini merupakan gelaran terbaru sebagai tambahan kepada kejuaraan yang telah saya raih sepanjang karier dalam sukan bina badan dan saya rasa sungguh teruja," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Olimpik Malaysia hari ini.

Au Nguyen Hai dari Vietnam memenangi perak manakala Somsri Turimthaisong dari Thailand pula meraih gangsa.

Anggota polis berpangkat sarjan mejar berusia 43 tahun itu memenangi kejuaraan Mr Universe pada tahun 2000, 2004, 2006, 2007, 2009 dan 2010.

Beliau juga merupakan juara Mr Asia tujuh kali (1996, 1998, 1999, 2000, 2004, 2009 dan 2010) dan dua kali memenangi Kejohanan Persekutuan Bina Badan Dunia (2009 and 2010).

Ketua kontinjen negara Datuk James Selvaraj berkata sukar digambarkan perasaan apabila mendengar lagu Negaraku berkumandang dan melihat Jalur Gemilang dikibarkan hanya selepas dua hari kejohanan.

"Kami datang ke sini dengan kontinjen yang sangat kecil dan kami sudah pun memenangi emas.

"Ia membawa petanda yang baik dan pencetus semangat buat kontinjen di sini. Mudah-mudahan kami akan mendengar lagi lagu Negaraku berkumandang," kata Selvaraj.

Sejumlah 23 atlet menganggotai kontinjen Malaysia mengambil bahagian dalam kejohanan itu yang berlangsung dari 8 hingga 16 Disember. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan