Pasukan Judo Para Asia Dapat Sentuhan Jurulatih Jepun

Diterbitkan: Jumaat, 10 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan judo kebangsaan, yang akan bertanding di Sukan Para Asia di Guangzhou, China pada 12 hingga 19 Disember ini, amat bertuah kerana mendapat sentuhan jurulatih Jepun, Shigeru Oyama.

Oyama, 63, merupakan pakar Judo tahap keempat dan pernah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Judo Chiyoda-Ku kategori terbuka dua tahun lepas.

Selain menjadi sukarelawan senior agensi itu, beliau kini bertugas di Kuala Lumpur sebagai jurulatih sukan judo Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia.

"Tugas utama beliau di persatuan itu adalah melatih dan memperkasakan pasukan judo Malaysia (atlet paralimpik) untuk bertanding di Sukan Para Asia.

"Di samping itu, beliau juga mengajar latihan asas judo khusus untuk OKU (Orang Kelainan Upaya) cacat penglihatan dan kelas judo kepada kanak-kanak OKU," kata kenyataan Agensi Kooperasi Antarabangsa Jepun (JICA) di sini, Jumaat.

Pelajar di bawah bimbingan Oyama dipilih mewakili Malaysia ke Sukan Para Asia di Guangzhou dalam kategori atas 100kg dan bawah 66kg.

Selain judo, Malaysia turut mengambil bahagian dalam acara seperti lumba basikal, lawan pedang, kapal layar, bola sepak, ping pong, bola tampar duduk, bola keranjang duduk dan tennis kerusi roda dalam kejohanan itu.

Seramai 102 atlet paralimpik menggalas cabaran Malaysia ke Guangzhou selain mensasarkan kutipan lapan pingat emas.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan