LTdL 2011 Ikrar Bantu Anuar Manan

Diterbitkan: Khamis, 9 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengurusan Le Tour de Langkawi 2011 (LTdL 2011) terus mengorak langkah apabila berikrar akan membantu Anuar Manan – juara bertahan jers hijau edisi ke-15 termasuk menyediakan pakar psikologi, pemakanan dan kecergasan bagi memastikan ayam tambatan itu tampil berkayuh dalam kondisi 100 peratus terbaik.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LTdL 2011, Mohamed Salleh menegaskan dunia berbasikal harus `melakukan apa saja’ demi menyelamatkan karier Anuar yang muncul pelumba pertama Malaysia menang perlumbaan peringkat Le Tour de Langkawi 2010 (LTdL 2010) sejak ia diperkenalkan pada 1996.

“Inilah satu-satu perkara paling mulia yang dilakukan oleh Anuar. Kita terpaksa tunggu selama 15 tahun untuk saksikan anak Malaysia naik podium apabila menang perlumbaan peringkat di Port Dickson. Selepas itu, dia naik podium lagi apabila muncul raja pecut jersi hijau Le Tour de Langkawi 2010.

“Jadi, jasa dia terlalu besar kerana nama Malaysia telah dieksploitasikan di seluruh dunia gara-gara pengorbanan seorang pelumba kelahiran Terengganu yang bernama Anuar Manan. Jadi kita wajib selamatkan karier Anuar.

“Kami di Le Tour de Langkawi 2011 sanggup lakukan apa saja.Buat permulaan, jika Anuar perlukan pakar psikologi untuk memulihkan semangatnya, kami bersedia untuk membantu,” katanya dalam satu kenyataan Khamis.

Mohamed turut mendedahkan betapa stesen nasional Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) juga mahu menyiarkan dokumentari khas tentang liku pahit maung yang dihadapi oleh Anuar sejak kecil sehinggalah dia muncul seorang pelumba terkenal khususnya di benua Asia.

“Kami telahberbincang dengan pihak pengurusan tertinggi RTM semalam. Banyak perkara yang dibincangkan dan antaranya ialah untuk membuat sebuah dokumentari khas untuk Anuar dan sejarah hidupnya secara menyeluruh.

“RTM pada dasarnya sudah menyediakan slot masa dokumentari tersebut. Kami di Le Tour de Langkawi 2011 akan membantu RTM di segi penyediaan bahan, gambar-gambar lama dan keratan akhbar lama tentang kejayaan Anuar,” katanya.

Pada masa yang sama, Mohamed menjelaskan betapa beliau telah berbincang dengan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF), Abu Samah Abd Wahab mengenai pasukan yang bakal disertai oleh Anur pada LTdL 2011.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan