LTdL 2011: Skuad Androni Kembali Beraksi

Diterbitkan: Rabu, 8 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan lumba basikal Gianni Savio, Androni-Diquigiovanni, sudah bersiap sedia untuk kembali ke gelanggang Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011 selepas ia hilang daripada persada kejohanan itu tahun ini.

Skuad itu tidak dapat menyesuaikan jadual perlumbaan mereka untuk menyertai LTdL 2010, namun ekoran rombakan semula kalendar Asia Tour International Cycling Union (UCI) yang turut membabitkan LTdL 2011, ia membolehkan pasukan gergasi sukan itu muncul kembali.

"Ramai peminat di Malaysia mengenali kami di bawah nama Colombia-Selle Italia dan Serramenti PVC Diquigiovanni. Saya harap sokongan mereka akan segera beralih kepada pasukan Androni ini segera," kata pengurus pasukan lagenda dari Itali Savio, yang dipetik dalam satu kenyataan, Rabu.

Androni akan membariskan pelumba baru bagi musim 2011 dengan Emanuele Sella sebagai kapten Malaysia, dan lain-lain pelumba ialah Antonio Santoro, Yonnatta Monsalve, Crescenzo D'Amore, Alessandro De Marchi dan Luca Barla.

"Ini adalah kesinambungan pasukan yang sama, walaupun kami akan bawa ramai muka baru untuk LTdL 2011, namun identiti pasukan ini masih tidak berubah," katanya.

Dua pelumba Androni, Santoro dari Itali dan Monsalve dari Venezuela, dianggap oleh ramai pakar arena sukan berbasikal sebagai pelumba masa depan, dan D'Amore pula akan menjadi pelumba pecut pasukan itu.

Kemunculan pertama pasukan Savio dalam acara di Malaysia adalah pada tahun 2000 sebagai pasukan berdaftar di Columbia dengan nama Aguardiente-Nectar ketika itu, dan ia kemudiannya ditukar kepada Colombia-Selle Italia, Serramenti PVC Diquigiovanni, dan kemudiannya Androni-Diquigiovanni.

Ketua Pegawai Eksekutif LTdL Mohamed Salleh berkata beliau percaya pasukan Androni akan menampilkan skuad yang amat kompetetif.

"Apa pun kami gembira untuk menyambut kehadiran pasukan Gianni Savio kembali ke Malaysia. Antara semua pengurus pasukan berbasikal, dia mungkin penyokong paling kuat untuk acara ini," katanya.

Sebanyak 23 pasukan termasuk pasukan Pro-Tour, pro-continental, continental, dan pasukan nasional dijangka mengambil bahagian dalam kejohanan tahun depan.

Jelajah 2011 dijadualkan berlangsung dari 23 Januari hingga 1 Februari, meliputi jumlah jarak 1,315.4 km dalam 10 peringkat, bermula di Langkawi dan berakhir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan