Penganjur Bincang Untuk Kekalkan Piala Monsun Di Pulau Duyong

Diterbitkan: Isnin, 6 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: T-Best Events, penganjur kejohanan Kapal Layar Piala Monsun akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan juga kerajaan negeri untuk acara itu terus diadakan di Terengganu.

Pengarahnya Datuk Wan Hisham Wan Salleh berkata, kejohanan itu perlu dikekalkan di Pulau Duyong kerana segala kemudahan untuk kejohanan itu telah sedia wujud di situ.

"Kita akan tambah lain-lain kemudahan dari semasa ke semasa supaya kejohanan itu lebih meriah pada masa akan datang," katanya semasa majlis penyampaian hadiah kejohanan Piala Monsun di sini, Ahad.

Pada kejohanan itu pelayar Britain Ben Ainslie dari pasukan TEAMORIGIN, muncul juara edisi keenam setelah mengalah Torvar Mirsky dari pasukan Mirsky Racing dengan 3-2.

Wan Hisham berkata kebanyakan peserta kejohanan itu menyatakan kejohanan yang berlangsung di sini adalah yang terbaik berbanding di lokasi lain.

Katanya perjanjian T-Best sebagai penganjur kejohanan Piala Monsun akan berakhir tahun depan.

Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek telah memberi komitmen sepenuhnya untuk membawa perkara itu ke Kabinet bagi memastikan acara itu terus kekal di Pulau Duyong.

Katanya, kejohanan yang berlangsung tahun ini sangat menakjubkan kerana sambutan semakin baik terutama penyertaan acara sampingan yang sangat menggalakkan dari kalangan masyarakat.

"Kita sangat berpuas hati di atas sambutan orang ramai yang semakin meningkat dari tahun ke tahun," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan