Kontinjen Paralimpik Negara Sasar Lapan Pingat Di Guangzhou

Diterbitkan: Jumaat, 3 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kontinjen paralimpik negara membuat sasaran realistik untuk menggondol lapan pingat emas pada edisi pertama Sukan Para Asia yang akan berlangsung di Guangzhou, China dari 12 hingga 19 Disember ini.

Ketua kontinjen negara, Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata lapan sasaran pingat emas tersebut disandarkan kepada sukan olahraga, badminton, renang, tenpin boling dan memanah.

"Kita perlu realistik dalam membuat sasaran pingat dan tidak boleh menjadikan temasya Sukan Fespic 2006 di Kuala Lumpur sebagai perbandingan kerana tahap kesukarannya adalah berbeza," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat akhir pengurus-pengurus pasukan ke Sukan Para Asia Guangzhou 2010, Khamis.

Sukan Para Asia menggantikan Sukan Fespic yang kali terakhir dianjurkan pada tahun 2006 di Kuala Lumpur.

"Atlet paralimpik negara dan negara lain yang menyertai cabaran di Guangzhou adalah merupakan atlet bertaraf profesional kerana mereka perlu melepasi kelayakan minimun sebelum diterima menyertai sukan Orang Kelainan Upaya (OKU) kedua terbesar dunia itu," katanya.

Beliau berharap kesemua 175 ahli kontinjen negara yang terdiri daripada 116 atlet, 27 jurulatih dan 32 pegawai mampu untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan baik kerana mereka membawa imej seluruh rakyat Malaysia.

"Kita bukan hanya pergi ke Guangzhou untuk memburu pingat tetapi juga ingin merebut slot kelayakan peringkat benua ke Paralimpik, London pada 2012 nanti," katanya.

Ramlan yang juga Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN) berkata atlet paralimpik ke Guangzhou bukan hanya memikul cabaran untuk mempamerkan aksi terbaik tetapi turut sama dibebani dengan cabaran mengurus kesihatan diri.

"Tidak seperti atlet biasa, atlet paralimpik memerlukan penjagaan kesihatan yang rapi. Berikutan perkara tersebut, pihak ISN akan menghantar pasukan perubatan bagi membantu mereka," katanya.

Kontinjen negara akan mengambil bahagian dalam 15 jenis sukan antaranya olahraga, badminton, renang, tenpin boling, memanah, powerlifting, lawan pedang berkerusi roda, berbasikal, mendayung dan judo. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan