Pasukan Kelantan Dijangka Kuasai Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan

Diterbitkan: Khamis, 2 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kelantan disifatkan sebagai pasukan 'berbisa' yang akan menguasai Kejohanan Ragbi 7-Sepasukan Kebangsaan di Padang Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan, pada Sabtu dan Ahad ini.

Menurut kenyataan Kesatuan Ragbi Kebangsaan (KRM) di sini, Rabu, Kelantan selaku juara bertahan, membariskan enam pemain kebangsaan yang baru-baru ini beraksi di Sukan Asia Guangzhou.

Mereka adalah trio adik-beradik Mohd Khairul Azhar Md Noor, Mohd Saizul Hafiz Md Noor dan Mohd Saizul Hafifi Md Noor selain Mohd Nazreen Fitri Nasrudin, Zulkifli Azmi dan Mohd Shahir Ashraf Rosli.

Dalam undian malam tadi, Kelantan diletakkan dalam Kumpulan A bersama Putrajaya dan Negeri Sembilan.

Naib Presiden KRM Datuk Abdul Halim Karim berkata kejohanan itu bertujuan mencungkil bakat-bakat pemain ragbi tempatan bagi diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

"Prestasi pasukan tujuh sepasukan negara berada pada tahap terbaik setelah kita berjaya menduduki tangga ke-5 di Sukan Asia Guangzhou. Sebelum ini kita sekadar berada di tempat ke-7.

"KRM akan berusaha untuk meletakkan Malaysia di tempat yang lebih baik melalui pencarian bakat-bakat di kejohanan ini," katanya.

Kategori senior (Piala Ung Khek Cheow): Kumpulan A: Kelantan, Negeri Sembilan dan Putrajaya

Kumpulan B: Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu

Kumpulan C: Angkatan Tentera Malaysa, Melaka, Pahang dan Kuala Lumpur

Kumpulan D: Perak, Selangor, Johor dan Polis Diraja Malaysia.

Kategori Junior Bawah 19 tahun (Piala Remaja KRM-Milo):

Kumpulan A: Negeri Sembilan, Melaka dan Kedah

Kumpulan B: Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor

Kumpulan C: Kelantan, Pahang dan Perlis

Kumpulan D: Terengganu, Pulau Pinang, Johor dan Perak

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan