ISN Hantar Sembilan Anggota Pasukan Perubatan Ke Guangzhou

Diterbitkan: Rabu, 1 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Institut Sukan Negara Malaysia (ISN) akan menghantar sembilan anggota pasukan perubatan bagi membantu atlet paralimpik negara menghadapi saingan pada Sukan Para Asia yang akan berlangsung di Guangzhou, China dari 12 hingga 29 Disember ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz yang juga ketua kontinjen negara berkata mereka terdiri daripada dua doktor, dua jururawat, dua fisioterapi dan tiga pakar urut bagi menjaga 149 atlet paralimpik.

Beliau berkata sebelum ini penetapan jumlah penghantaran pasukan perubatan dibuat berdasarkan saiz kontinjen, namun kali ini jumlahnya lebih besar bagi memastikan semua atlet paralimpik mendapat perhatian yang sewajarnya. Katanya berdasarkan pengalaman lepas, atlet paralimpik perlu diberi lebih perhatian perubatan agar mereka benar-benar bersedia dari segi fizikal dan mental sebelum turun beraksi.

"Penambahan bilangan pasukan perubatan ISN juga dibuat bagi memastikan bahawa semua atlet paralimpik negara mendapat perhatian yang sewajarnya agar mereka benar-benar bersedia dari segi kesihatan dan mental sebelum turun beraksi untuk negara," katanya.

Beliau berkata pasukan perubatan ISN akan diketuai oleh pengarah perubatan sukan ISN, Dr Victor Feizal Abdul Shatar yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perubatan sukan.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan