Peluang Rayzam Ke Sukan Asia Tipis

Diterbitkan: Sabtu, 30 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peluang pelari berpagar 110 meter Rayzam Shah Wan Sofian untuk melayakkan diri ke temasya Sukan Asia di Guangzhou, China hampir terjejas apabila beliau hanya meraih perak pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia ke-87 di Trek Mini Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil di sini Sabtu.

Dengan catatan 14.17 saat, Rayzam gagal mempamerkan aksi terbaiknya dalam keadaan trek yang basah.

"Saya agak kecewa kerana saya tidak dapat membuat yang terbaik dalam keadaan berlari dalam trek basah sekaligus gagal melepasi had kelayakan ke Guangzhou iaitu 13.06s.

"Saya rasakan acara akhir patut ditangguhkan bagi membiarkan hujan berhenti dahulu," katanya kepada pemberita kemudiannya.

Pelari Arab Saudi, Ahmad Khader Al Muwallad meraih emas dengan catatan 13.91s sekaligus memecahkan rekod kejohanan iaitu 14.00s yang dipegang peserta Sri Lanka, Mahash Perera pada tahun 1997.

Peserta Thailand, Jamras Rittidet sekadar memiliki gangsa selepas ketinggalan 0.03s di belakang Rayzam.

Dengan catatan tersebut, Rayzam hanya layak menyertai Sukan SEA di Jakarta tahun depan.

Namun beliau masih berharap agar keputusan untuk menghantar atlet ke temasya Guangzhou dalam kategori B serta ke Sukan SEA boleh diputuskan oleh Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM).

"Dengan catatan masa tersebut kemungkinan besar saya tidak akan terpilih ke Sukan Asia namun semua itu terletak kepada badan olahraga negara.

"Kini saya menumpukan harapan ke Sukan SEA di Jakarta tahun depan dan melayakkan diri ke Kejohanan Olahraga Dunia di Busan, Korea tahun depan," katanya.

Beliau berazam untuk menyaingi catatan terbaiknya 13.91 saat yang dibuatnya pada Sukan SEA di Korat pada 2007.

Saingan negara akan diteruskan pada pagi esok yang disertai 12 negara iaitu Qatar, Sri Lanka, Arab Saudi, Hong Kong, Vietnam, Iran, Thailand, Filipina, Taiwan, Singapura, Kazakhstan dan Emiriah Arab Bersatu.

Kejohanan kali ketiga ini mempertaruhkan 41 acara termasuk lari 100 meter, 200m, 4x100m, 4x200m, lompat jauh, lompat bergalah, lari berpagar serta lontar peluru. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan