KOAM Hasrat Tambah Penyertaan Atlet Ke Sukan Asia

Diterbitkan: Rabu, 27 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejohanan Olahraga Terbuka Kebangsaan yang bakal berlangsung di Trek Olahraga Majlis Sukan Negara (MSN) pada Sabtu dan Ahad ini menjadi medan terakhir pemilihan atlet Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) ke Sukan Asia di Guangzhou November ini.

Timbalan presidennya, Karim Ibrahim berkata setakat ini, enam atlet olahraga iaitu ratu lompat galah negara Roslinda Samsu, jaguh lompat tinggi Lee Hup Wei dan kuartet 4x100 Siti Zubaidah Adabi bersama Norjannah Hafiszah Jamaludin, Nurul Sarah Abdul Kadir dan Yee Yi Lin layak beraksi di temasya sukan itu.

"Bagaimanapun, kita masih akan menambah bilangan atlet kita ke Guangzhou. Kita telah membuat senarai pendek iaitu seramai tujuh atlet yang dilihat berpotensi akan dipilih, namun ahli majlis KOAM akan memutuskan untuk memilih berapa jumlah atlet tersebut, selepas kejohanan ini berakhir," katanya kepada pemberita di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa.

Beliau berkata kejohanan itu boleh diumpamakan sebagai sukan praAsia sebelum ke temasya besar kerana KOAM turut menerima penyertaan atlet dari luar negara, yang akan turut bertanding pada kejohanan berkenaan.

Karim berkata sebanyak 12 negara telah mengesahkan penyertaan setakat ini iaitu Qatar, Sri Lanka, Arab Saudi, Hong Kong, Vietnam, Iran, Thailand, Filipina, Taiwan, Singapura, Kazakhstan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

"Saingan pada kali ini dijangka lebih sengit apabila kita menerima penyertaan daripada juara Sukan Asia Qatar iaitu Samuel Adelebari Francis bagi acara balapan 100 meter dan atlet lompat jauh Arab Saudi Hussain Taher A. Alsaba.

Beliau berkata tarikh tutup penyertaan bagi kejohanan itu ialah pada 23 Sept lalu. Kejohanan kali ketiga itu akan mempertaruhkan 41 acara termasuk lari 100 meter, 200m, 4x100m, 4x200m, lompat jauh, lompat bergalah, lari berpagar serta lontar peluru. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan