Kuala Lumpur Bertemu Selangor Pada Final Ahad

Diterbitkan: Ahad, 24 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Selangor mengejutkan naib juara 2009, Johor apabila menang pada perlawanan separuh akhir Kejohanan Bolajaring Kebangsaan 2010 yang berlangsung di Stadium Juara Bukit Kiara, Sabtu.

Dibarisi empat pemain kebangsaan Selangor bertindak cemerlang untuk menyekat kemaraan Johor dengan permainan cantik di terajui pemain tengah, Saidatul Erni Saiful Bahari dan dibantu rakan dalam pasukan kebangsaan Puah Peu San.

Pada suku pertama Selangor mendahului Selangor 14-10.

Biarpun Johor mempunyai penjaring kebangsaan, Aruna Santhappan namun dia gagal menyerlah melakukan jaringan.

Selangor menang dengan jaringan 33-28.

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, juara edisi 2009 menepati ramalan apabila berjaya melangkah ke saingan final untuk bertemu Selangor setelah menewaskan Kedah,41-19.

Turun sebagai pasukan bukan pilihan Kedah tampak berjaya mengimbangi Wilayah Persekutuan yang turut dibarisi enam pemain kebangsaan.

Pada awal suku pertama, kedua-dua pasukan saling berbalas jaringan untuk perbezaan mata yang kecil. Wilayah Persekutuan bagaimanapun berjaya menamatkan suku pertama dengan jaringan 18-9.

Dominasi Wilayah persekutuan makin ketara pada suku kedua untuk mengatasi Kedah yang rata-rata dibarisi pemain muda.

Strategi Kedah untuk mengurangkan kesilapan ketika jaringan nyata tidak berjaya apabila penjaring, Siti Robani Md Isa gagal menyerlah.

Kedah akan bertemu Johor untuk perlawanan tempat ketiga dan keempat esok.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan