Skuad Wushu Kini Berlatih Di Beijing

Diterbitkan: Rabu, 20 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad wushu negara yang mula menjalani latihan intensif di Beijing, China sejak awal September lepas, akan terus berada di sana sebelum terbang ke Guangzhou yang menjadi tuan rumah Sukan Asia dari 12 hingga 27 November ini.

Setiausaha Eksekutif Persekutuan Wushu Malaysia (WFM), Winnie Chin Kim Yoong berkata skuad tersebut berada selama tiga bulan di Beijing, sebagai persediaan menghadapi temasya itu, dengan sasaran mempertahankan satu emas yang dimenangi dari edisi di Doha, Qatar, pada 2006.

Emas itu dimenangi menerusi Chai Fong Ying dalam acara Taijiquan. "Mereka tidak akan pulang dahulu ke Malaysia sebaliknya akan terus melapor diri di Guangzhou," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.

Chin berkata lapan peserta wushu negara layak bertanding dalam temasya tersebut berdasarkan senarai akhir yang dikeluarkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

"Di antara lapan peserta wushu itu, hanya seorang sahaja iaitu Lee Sew Kit yang akan bertanding dalam kategori Sanshou manakala selebihnya akan bertanding dalan kategori Taolu dalam dua disiplin iaitu Taijiquan dan Taijijian," katanya.

Anggota skuad wushu ke Guangzhou:

Acara Taolu

1. Lee Yang

2. Loh Jack Chang

3. Chai Foong Ying

4. Ng Shin Yii

5. Diana Bong

6. Tai Cheau Xuen

7. Ang Eng Chong

Acara Sanshou

1. Lee Sew Kit

- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan