Ahmad Amsyar, Siti Nursyafiqah Dinobat Olahragawan, Olahragawati Perlis

Diterbitkan: Selasa, 19 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Atlet sukan terjun, Ahmad Amsyar Azman dan atlet sukan tenis Siti Nursyafiqah Hassan dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati 2009 Anugerah Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Perlis (JPN), Selasa.

Ahmad Amsyar, 18, yang merupakan pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), berjaya menduduki tangga keenam dalam acara terjun kategori 3 meter papan anjal lelaki pada Sukan Komanwel di New Delhi baru-baru ini.

Beliau yang membabitkan diri dalam sukan itu sejak berusia 12 tahun, juga pernah memenangi pingat emas dalam acara terjun 1 meter dan satu pingat perak dalam acara 3 meter papan anjal di Asian Age Group Championship 2008 di Indonesia.

Beliau juga mendapat dua pingat gangsa dalam kategori 3 meter papan anjal di Youth Olimpic Festival Australia pada 2008 selain berada pada kedudukan ke-25 dalam First World Junior Diving Championship 2006.

Anak kedua daripada empat beradik itu bakal melanjutkan pengajian di peringkat pra ijazah dalam bidang sukan mulai Januari tahun depan bagi mengikut jejak ayahnya Azman Hassan, 49, bekas atlet tenis yang kini menjadi pensyarah pendidikan jasmani di Institut Perguruan Perlis.

"Kalau boleh saya mahu anak saya berjaya sehingga menjadi seorang jurulatih kebangsaan dan melanjutkan pelajaran sehingga ke doktor falsafah dan membuat kajian mengenai sukan terjun ini," kata Azman ketika ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah Sukan JPN Perlis, di sini, Selasa.

Sementara itu, atlet sukan tenis, Siti Nursyafiqah Hassan, 18, bekas pelajar SSBJ yang menceburi sukan tenis ketika berusia lapan tahun kini sedang melanjutkan pelajaran di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, Kedah dalam bidang pendidikan jasmani.

Katanya beliau berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan dan menjadi seorang guru untuk melatih anak didiknya dalam bidang tenis.

Anak bongsu daripada enam beradik itu mempunyai seorang kakak kembar, Siti Nursyahirah yang juga atlet sukan tenis yang pernah dinobatkan sebagai olahragawati JPN Perlis pada 2005 dan 2007.

Bakat kedua-dua kembar itu dicungkil pada usia 8 tahun setelah sering mengikut ayah mereka, Hassan Mahmud, 59, bermain tenis ketika ayahnya masih berkhidmat di Jabatan Kerja Raya.

Kedua-dua olahragawan dan olahragawati itu menerima hamper, trofi, sijil penghargaan, baucer tunai RM500 dan baucer penginapan dua hari satu malam di Hotel Langkasuka serta tiket feri untuk dua orang ke Langkawi yang disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Azizan Hamid. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan