Tseng Sedia Kembali Beraksi Di Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 18 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yani Tseng, pemain termuda dalam sejarah LPGA memenangi tiga kejohanan utama, menerima baik peluang untuk kembali beraksi di Malaysia pada kejohanan Sime Darby LPGA Malaysia minggu ini.

Kejohanan itu akan berlangsung dari 22 hingga 24 Oktober di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) yang akan menampilkan ramai bintang pemain.

Mereka termasuk lapan pemain utama lain pada ranking Golf Dunia Wanita Rolex sekarang pemain Jepun Ai Miyazato (nombor satu dunia), Cristie Kerr (AS-No.2), Jiyai Shin (Korea Selatan-No.3), Suzann Pettersen (Norway-No.4), Na Yeon Choi (Korea Selatan-No.6).

Michelle Wie (AS-No.7), In Kyung Kim (Korea Selatan-No.8) dan Song-Hee Kim (Korea Selatan-No.9).

Sime Darby LPGA Malaysia, acara permainan strok tiga hari itu menawarkan hadiah berjumlah AS$1.8 juta.

Ditanya siapa yang bakal menjadi pesaing sengitnya, pemain kelahiran Taiwan berusia 21 tahun itu berkata, "Saya fikir setiap pemain di padang mempunyai peluang memenangi kejohanan, tetapi pesaing saya terbesar barangkali diri saya sendiri".

Tseng telah merangkul tiga kejuaraan di LPGA Tour tahun ini Kejohanan Kraft Nabisco, RICOH Women's British Open dan Kejohanan P&G NW Arkansas baru-baru ini. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan