Pemilihan Semula Skuad Ragbi Ke Sukan Asia

Diterbitkan: Isnin, 18 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) akan melakukan pemilihan semula skuad kebangsaan ke Sukan Asia di Guangzhou bulan depan selepas prestasi kurang memberangsangkan di Sukan Komanwel di New Delhi baru-baru ini.

Setiausaha Agung KRM Nabil Ahmad Marzuki berkata rombakan itu dipersetujui oleh Presiden KRM Datuk Amiruddin Embi dan akan dibincangkan ahli majlis kesatuan pada Rabu ini untuk menentukan sama ada skuad berkenaan wajar dikekalkan atau sebaliknya.

"Pasukan ragbi negara baru sahaja tiba dari New Delhi hari ini. Majlis KRM akan bermesyuarat pada Rabu ini dalam menentukan hala tuju pasukan kita dalam perlawanan 7 sebelah di temasya Guangzhou awal bulan depan.

"Kita akan meneliti laporan pasukan kebangsaan semasa perlawanan di Sukan Komanwel bersama ahli majlis KRM dan Majlis Olimpik Malaysia)," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

PAda Sukan Komanwel, skuad kebangsaan yang berada dalam Kumpulan C, tewas semua perlawanan peringkat kumpulan, kalah 0-40 kepada Kenya, tunduk 0-61 kepada juara dunia, Samoa dan dijinakkan 10-56 oleh Papua New Guinea.

Nabil berkata dua pemain dalam skuad itu, Dineshwaran Krisnan dan Khairul Azhar Md Noor, bagaimanapun akan dikekalkan kerana mereka menunjukkan pencapaian yang menyerlah semasa di New Delhi.

"Dineshwaran yang bermain dalam posisi penyerang dan Khairul Azhar dari posisi tengah merupakan pemain yang tampak menyerlah kerana mereka dilihat antara tonggak pasukan negara," katanya.

Di Guangzhou pasukan tuan rumah, China, Korea Selatan , Jepun, Taiwan dan Hong Kong adalah antara pasukan yang akan memberi saingan sengit kepada skuad Malaysia.

Ketika ini, pasukan ragbi negara menduduki tempat keempat dalam Kejohanan Tujuh Sebelah Asia di belakang Hong Kong, Korea Selatan dan Jepun dan berada di tangga ke-57 daripada 90 negara yang menganggotai Badan Ragbi Antarabangsa (IRB). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan