Ahmad Shabery Kesal Laporan Tidak Tepat

Diterbitkan: Ahad, 17 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek melahirkan kekesalan terhadap laporan tidak tepat sebuah akhbar tempatan berhubung ganjaran yang bakal diterima atlet cemerlang Sukan Komanwel ke-19 di New Delhi baru-baru ini.

Beliau berkata kementerian tidak pernah mungkir janji kepada atlet dalam isu melibatkan skim hadiah kemenangan iaitu ganjaran RM80,000 untuk pemenang pingat emas, RM40,000 (perak) dan RM20,000 (gangsa).

"Laporan akhbar itu dibuat seolah-olah kita mungkir janji kepada atlet. Ini (pemberian ganjaran) satu perkara yang tidak akan disentuh atau dimungkiri langsung.

"Jangan timbulkan seolah-olah kita cuba untuk mengelak, walaupun jumlah yang akan diberi selepas Sukan Komanwel baru-baru ini, besar iaitu mencecah RM2.3 juta," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Ahmad Shabery berkata jurulatih dan persatuan yang bertanggungjawab menghasilkan atlet berprestasi cemerlang pada temasya sukan itu juga akan menerima habuan masing-masing.

Beliau berkata kabinet sendiri telah bersetuju dengan jumlah yang dijanjikan dan majlis penyerahan ganjaran tersebut akan diadakan di bangunan Parlimen.

Ahmad Shabery berkata pihaknya hanya akan mengkaji kemungkinan jumlah ganjaran itu akan ditambah, memandangkan skim berkenaan telah agak lama.

"Kita juga perlu lihat dari segi negara lain. Jika dibandingkan, jumlah (ganjaran yang) kita berikan adalah antara yang terbesar di dunia.

"Kita juga telah naikkan jumlah hadiah kepada mereka yang berjaya di peringkat Sukan SEA. Kita dapati bahawa kita perlu sesuaikan dengan apa diberi oleh negara jiran kepada atlet mereka," katanya.

Kontinjen negara ke Sukan Komanwel 2010 berjaya mengutip 12 pingat emas, 10 perak dan 13 gangsa.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan