Sukan Komanwel:Malaysia Hanya Menang Satu Emas, Satu Perak Pada Hari Kelapan

Diterbitkan: Selasa, 12 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI:Malaysia hanya memperolehi satu pingat emas menerusi acara terjun dan satu perak dalam acara boling berpasangan wanita padang pada hari kelapan kejohanan Sukan Komanwel di sini, Isnin.

Pandela Rinong memungut emas dalam acara 10m platform wanita sementara Hashimah Ismail dan Zuraini Khalid memperolehi perak dalam acara boling padang berpasangan.

Malaysia mengekalkan kedudukan tangga ketujuh dengan pungutan 7 emas, 8 perak dan 7 gangsa.

Malaysia dijangka menggondol lebih banyak emas dalam acara boling padang menerusi atlet bertaraf dunia Siti Zalina dan Safuan Said dalam acara indvidu esok, di samping pingat lain dalam acara terjun dan ping pong.

Sebanyak 20 pingat emas akan dipertadingkan esok di mana beberapa lagi atlet Malaysia akan mengambil bahagian dalam acara akhir pelbagai disiplin.

Sementara itu kes penyalahgunaan dadah buat pertama kali dilaporkan pada Isnin yang membabitkan pemenang pingat emas dalam acara pecut 100 meter wanita dari Nigeria, Oludamola Osayomi yang disahkan positif dadah di mana ujian kedua sedang dilakukan dan dijangka diketahui hari ini.

Setakat ini Australia mengungguli jumlah pungutan pingat dengan 63 emas, 40 perak dan 39 gansga diikuti tuan rumah India 30-23-27 dan England 26-48-35. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan