Mew Choo Mara Ke Perlawanan Akhir Perseorangan Wanita

Diterbitkan: Selasa, 12 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Pemain kebangsaan Wong Mew Choo hari ini mengesahkan tempat ke perlawanan akhir dalam acara perseorangan wanita pada Sukan Komanwel ke-19 selepas menewaskan pemain England, Elizabeth Cann 21-12, 18-21, 21-17.

Beliau yang terlalu gembira selepas menamatkan set penentuan pada pertemuan itu, dilihat melompat serta menjerit bagi meluahkannya sebelum tersenyum puas.

"Saya berada dalam keadaan tertekan dan tegang kerana tidak boleh bermain seperti selalu.

"Saya cuba mengatasi situasi itu dan apabila saya menang, saya berasa amat, amat gembira," katanya pada satu sidang media selepas perlawanan.

Mengenai persembahan Cann, Mew Choo berkata: "Dia bermain sangat baik. Dia memberikan tentangan sepanjang perlawanan."

Ditanya mengenai rancangan masa depannya, Mew Choo berkata beliau akan menumpukan kepada Sukan Asia yang diadakan bulan depan, berbanding Olimpik Musim Panas 2012 seperti atlet lain.

Sementara itu, Cann berkata beliau kecewa dengan perlawanan tersebut.

"Sukar bermain di dewan ini, tetapi beliau seorang pemain yang bagus," katanya.

"Cabaran terbesar ialah menangani pertukaran rentak permainan dan menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang kerana satu bahagian adalah lebih pantas daripada yang satu lagi," katanya.

Cann berkata beliau telah melakukan lebih banyak kesilapan berbanding Mew Choo dan perlu memperbaiki kualiti pukulan dan konsistensinya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan