AASM 2010 Di PWTC Khamis Ini Usaha Mantapkan Pengurusan Sukan

Diterbitkan: Selasa, 12 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan Persatuan Pengurusan Sukan Asia (AASM 2010) yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini mulai Khamis ini akan berusaha mengenal pasti pelbagai pendekatan baru dan berkesan bagi memantapkan pengurusan sukan di Malaysia dan juga Asia.

Persidangan tiga hari anjuran bersama oleh Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM) dan Persatuan Pengurusan Sukan Malaysia (Masma) itu akan dihadiri oleh 200 peserta dari 23 buah negara seluruh dunia.

Dekan Fakulti Pendidikan UM Prof Dr Saedah Siraj berkata beberapa pakar pengurusan sukan seperti Prof Dr Packianathan Chelladurai dan Prof Dr Ming Li dari Ohio State University Amerika Syarikat serta Prof Dr Karen Danylchuk dari University of Western Ontario Kanada akan menyampaikan ucaptama pada persidangan itu.

Beliau berkata Presiden Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas juga akan menyampaikan ucapan pada persidangan itu.

"Lebih 60 kertas penyelidikan akan dibentangkan oleh para peserta dalam pelbagai bidang pengurusan industri sukan di Malaysia, Asia dan antarabangsa.

Pelbagai perancangan yang sesuai bagi mewujudkan budaya kecergasan serta pengalaman negara peserta dalam meningkatkan pembudayaan kesukanan di kalangan masyarakat akan turut dibentangkan," katanya kepada Bernama.

Saedah berkata AASM 2010 akan menjadi platform dunia bagi pengurusan sukan buat ahli akademik, penyelidik, ahli sukan, dan juga pihak indusrti untuk bertemu dan bertukar idea dan pengetahuan dalam sukan.

"Ia menyediakan forum kepada para peserta untuk membentang dan membincangkan penemuan-penemuan baru dalam bidang pengurusan sukan, saling bertukar ilmu pengetahuan dan persefahaman sukan, di samping memupuk serta menggalakkan para peserta bekerjasama dengan ahli sukan dan akademik bidang itu di peringkat tempatan mahupun antarabangsa," katanya.

Saedah berkata antara kertas kerja yang akan dibentang termasuk yang bertajuk "Managing Changes in Sport Industry: Lessons for and from Asia, "Forging Alliances:Bridging Asian and Global Sport Best Practice", "Asian Experiences in Enhancing Sporting Culture", dan "Issues and Challenges in Asian Sport Business". - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan